Wednesday, 27 February 2019

NALURI - HUKUM SEMULAJADI

NALURI - HUKUM SEMULAJADI
________________________________________
Naluri adalah perilaku bawaan yang bertujuan bagi memastikan kelansungan hidup semua manusia, tidak terbatas pada kawasan mana mereka berada atau pada zaman apa mereka hidup. Kita dilahirkan dengan kemampuan untuk berenang; lihat saja bayi boleh berenang seperti ikan lumba-lumba yang yang cekap setelah dilahirkan. Namun, anak-anak dengan cepat dimomokkan rasa takut terhadap air dari ibu bapa mereka.
________________________________________
Perhatikan respons ibu bapa ketika anak mereka berjalan dekat dengan kolam atau sungai atau laut. Anak-anak belajar dari ibu bapa mereka bahawa air itu berbahaya. Natijahnya di kemudian hari, para ibu bapa terpaksa bersusah payah mengajar berenang atau menghantar anak-anak mereka ke kelas berenang. Tidak kurang pula yang koma atau mati lemas kerana melanggar naluri atau pun fitrah semula jadi ini.

No comments:

Post a Comment