WASIAT SANG PENCINTA
Saat aku mati kelak, kenakanlah padaku pakaian pengantin, persiapkanlah aku secantik mungkin. Sebagai penghias di kelopak mataku, ambillah sedikit tanah basah dari jalan yang dilewati kekasihku. Persiapkanlah daun bidara daripada kesedihannya, percikkanlah air mawar peluhnya ke seluruh wajahku, dan selimutilah tubuhku dengan aroma kesedihannya. Aku ingin memakai baju berwarna merah darah, kerana merah adalah warna pesta! Bukankah kematian itu sendiri adalah tanda bermulanya majlis perkahwinanku dengan Sang Cinta?
No comments:
Post a Comment