Wednesday, 27 February 2019

fb

Beza yang berguru dan yang tidak berguru
Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara..
ana teringat kata-kata Syaidina Ali r.a.,
Barang siapa yang belajar tanpa bimbingan seorang guru(syeikh) seumpama ia belajar dengan bimbingan syaitan"
Barang siapa yang menuntut ilmu tanpa bimbingan Syekh (Guru Mursyid) maka wajib setan Gurunya” (Abu Yazid al-Bisthami).
Apa bezanya belajar dengan seorang guru dan belajar tanpa guru?
terlalu banyak bezanya... memandangkan zaman kini adalah zaman alam maya... zaman cyber... zaman teknologi maklumat.. maka ilmu pengetahuan ibarat cendawan tumbuh di pagi hari...
segala-gala maklumat ada di hujung jari anda.. maka dengan ini ramai akan lupa fitrah asal manusia apabila mendapatkan ilmu..
Dulu.. atok-atok kita berguru punyalah susah .. masuk kampung,masuk hutan,merempuh bukit bukau,gunung ganang, merentasi laut yang bergelora semata-mata mahukan secebis ilmu dunia dan akhirat.
Malah terpaksa menggunakan isim-isim(doa) tertentu bagi mengekalkan focus kehadrat ilahi..
dan mereka amat menghargai ilmu-ilmu yang mereka miliki.. bagi mereka ilmu yang mereka dapat ibarat mutiara yang amat berharga... berbanding kini ilmu boleh didapati di hujung jari anda.. dan ilmu itu ibarat tiada harga kerana mudah dapat dan mudahlah hilang.
apabila ilmu semudah ini maka bermulalah era manusia berguru tanpa guru yang benar2 mursyid.. kerana guru mursyid mereka adalah monitor,gadget2,handphone dan sebagainya.
Inilah masalahnya zaman kini...
Ilmu hakikat yang dulunya betapa sukar atok2 kita mempelajarinya mudah didapati lewat alam maya ini.. namun kualitinya jauh berbeda...
orang kini boleh membicarakan bab ilmu hakikat tanpa bukti yang nyata berbanding orang dulu bicara dengan bukti yang zahir dan nyata.orang kini bicara ibarat tin-tin kosong dan mendabik dada bahawa merekalah yang terlebih tau bab-bab hakikat walau pada hakikat sebenarnya jauh dari pemahaman hakikat itu sendiri.
Maka benarlah sabda Rasulullah SAW " zaman akan datang di mana pemuda-pemudi boleh bicara ilmu agama namun apa yang di bicarakannya adalah kosong dan pemuda pemudi boleh membaca alquran dengan lancar namun tidak tau apa yang dibacakannya"
Apa yang ana nak tekankan disini,betapa pentingnya kita berguru dengan seorang guru yang mursyid..
kerana kita ada tempat rujukan berbanding orang yang merujuk kepada buku2 atau alam maya.
setiap penulis mempunyai pendapat berbeza didalam bentuk penulisannya namun tidak semua pembaca boleh memahaminya sebaik penulis yang menulis malah ada yang terlari fakta dari apa yang penulis mahu sampaikan... inilah yang bahayanya berguru tanpa guru.
Ada orang berkata dengan ana " Ya syeikh!!! ana tak berguru pun.. ana tau bab ilmu ni ya syeikh!! ana berguru directly dengan Allah... bukan dengan guru.. kerana guru2 tersebut pun dapat directly dengan Allah"
Secara ilmiahnya semua ilmu adalah milik Allah.. ini tiada siapa yang boleh menyangkalnya.Namun barang di ingat... Allah telah jadikan satu sistem terhadap semua makhluknya.
Rasulullah SAW telah di ajar melalui perantaraan Malaikat Jibrael A.S. lewat wahyu-wahyu yang disampaikan.
Belum ada manusia awam yang dapat directly dari Allah kecuali berguru terlebih dahulu.Setelah melalui proses perguruan barulah mereka memahami dan dapat membezakan yang haq dan yang bathil.
Kenapa harus berguru?
Kita harus berguru untuk mendalami ilmu hakikat kerena dengan berguru barulah kita dapat bezakan yang mana bathil dan yang haq.
Guru adalah tempat rujukan bagi membezakan yang haq dan yang bathil kerana alam-alam selain zahir ini terlalu kompleks dan halus untuk di perhalusi penghayatannya.
Dengan berguru kita dapat bezakan ilham dan bisikan syaitan.
Ingat!!! syaitan itu bisa aja berbicara tentang ilmu tauhid kerana ia juga adalah golongan ahli ibadah ketika zaman sebelum hadirnya manusia.
Inilah yang di takuti oleh para ulama' terdahulu berkenaan masa depan kita zaman ini.
Setelah dapat memahami dan dapat membezakan yang hak dan yang bathil, barulah seseorang itu bebas di dalam penghayatan ilmu hakikatnya.
semoga kita semua dapat munafaat dari Allah swt.
Comments
  • Sal Jiy panjang tadi, hihi. As Salamm sahabat. setan pun Allah jadikan, mari jadi setan, boleh lihat setan, tahu sifat setan, baru hakikat insan menghindar setan. haha.
  • Mordecai Kucai Guru tu mcm mencanai besi sampailah besi itu murni. setelah murni tidak perlu guru bantu lagi. Berdirilah dia dgn sendiri
  • Anuar Saad hadam kan betul² kata² nasihat saidina Ali...jgn jd lembu.. guru mursyid tu apa...setan tu apa pd diri mu
  • Othman Draman iman pd kitab dan rasul

    4 kitab mati .ada haq dan bathil

    kitab yg hidup ada dlm diri

    akal baligh boleh beza antara yg betul dan salah

    rasul maksud penyampai

    jibrail dan iblis ada di akal fikiran setiap manusia

    ucapan salam sejahtera pd akal dari prasangka buruk

    baru dpt mengenal tuhan melalui jibrail

    utk sampai/solat

No comments:

Post a Comment