Thursday, 14 February 2019

fb t

Tuhan memberitahu semua informasi dengan terperinci di dalam kitab/Al Quran. Tuhan memberi definisi sebenar untuk setiap konsep yang diutarakan di dalam Bukunya dengan teliti dan sempurna.
Selepas memberitahu semua konsep yang benar untuk kegunaan pencari kebenaran, Tuhan akan menerangkan pula konsep dan idea-Nya yang telah melalui proses korupsi.
"Apakah (orang-orang) yang memberi minuman orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus masjid-al-haram kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada tuhan dan hari kemudian serta berjihad di jalan tuhan? Mereka tidak sama di sisi tuhan; dan tuhan tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim" AQ 9:19
Tuhan menerangkan dengan teliti apa maksud sebenar Haji dan Masjid-al-haram di dalam Bukunya. Hal ini hanya boleh kita ketahui jika kita benar-benar mencari kebenaran dan percaya kepada Tuhan.
Setelah Tuhan menerangkan definisi yang sebenar, Tuhan menjelaskan pula maksud lain yang telah mengalami proses korupsi. Perbuatan ini dilakukan oleh elit agama iaitu nenek-moyang kita orang-orang Arab.
Seterusnya lihat pula kepada korupsi yang berikut :
"Sembahyang (solat) mereka di sekitar Baitullah itu, lain tidak hanyalah siulan dan tepukan tangan. Maka rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu" AQ 8:35
Dalam ayat di atas, Tuhan memberitahu pula konsep Solat dan Baitullah yang telah mengalami korupsi. Tuhan tidak lupa menerangkankan apakah konsep sebenar solat dan Baitullah sebelum memberitahu konsep yang korup.
Hanya mereka yang benar (taqwa) sahaja yang dapat mengamati mesej Tuhan.

No comments:

Post a Comment