Mereka mahu kekal dengan ajaran nenek-moyang mereka.
Keseluruhan kitab/Al Quran adalah batu ujian untuk diri kita. Samada kita sebenarnya percaya kepada Tuhan atau tidak. Tuhan memberitahu kita informasi-informasi yang sebenar-benarnya.
Nabi terakhir tidak pernah mengajak kita mengikut nenek-moyang baginda. Kerana jika itu yang baginda buat sudah tentulah baginda diterima dengan mudah dalam masyarakat Quraisy.
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan tuhan," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?"AQ 2:170
Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah mengikuti apa yang diturunkan tuhan dan mengikuti Rasul". Mereka menjawab: "Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya". Dan apakah mereka itu akan mengikuti nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk ?" AQ 5:104

Nabi terakhir menyeru melakukan revolusi minda. Membuang tabiat buruk kaumnya yang mempersekutukan Tuhan dengan batu. Revolusi inilah yang sangat tidak disukai kaum Quraisy.
Lalu mereka menghalau Nabi dari tempat lahirnya.
Begitulah juga perumpamaan di zaman ini. Apabila datang seorang yang mengajak untuk kita kembali (islah/reform) kepada Tuhan dengan membuat revolusi minda. Tak ramai yang akan menerima seruan ini.
Mereka mahu kekal dengan ajaran nenek-moyang mereka.
Keseluruhan kitab/Al Quran adalah batu ujian untuk diri kita. Samada kita sebenarnya percaya kepada Tuhan atau tidak. Tuhan memberitahu kita informasi-informasi yang sebenar-benarnya.
Dengan informasi inilah kita boleh mengetahui seseorang itu percaya kepada Tuhan atau tidak.
No comments:
Post a Comment