Monday, 7 January 2019

wujud bayang dlm sangkaan akal

Diri kita tidak ada dan tidak wujud, kiasan atau dalilnya adalah sebagaimana CONTOH BAYANG POKOK DIDALAM SUNGAI..
Sedikit sambungan saya yang cetek ilmu ini mengenai CONTOH BAYANG POKOK DIDALAM SUNGAI..
Assalamualaikum.
Sekadar renungan bersama.
Adanya tubuh kita ini, tidak lain dan tidak bukan seumpama adanya bayang pokok didalam air. Cuba kita lihat bayang pokok, yang didalam sungai. Bayang pokok didalam sungai itu, kelihatannya seumpama ada. Sungguhpun ada tetapi pada hakikat dan pada kenyataan sebenarnya tidak wujud. Kalaupun wujud, wujudnya diri kita itu, adalah seumpama wujudnya bayang pokok didalam sungai.
Seandainya kita naik perahu, menyelusuri anak sungai. Sedang kita asyik berperahu, melihat anak anak ikan bermain main dan berenang renang didalam sungai yang jernih airnya, tiba tiba terlihat bayang pokok didalam air. Bayang batang pokok kayu yang besar merintangi sungai, apakah bayang batang pokok kayu besar itu menghalang sungai?.
Besar dan panjangnya batang pokok kayu itu, sehingga melintangi anak sungai, besarnya batang pokok kayu itu, sehingga melintangi dari tebing ke tebing.
Dengan terlihatnya batang kayu besar yang melintang anak sungai dari tebing ke tebing itu, apakah ianya boleh menyebabkan tersangkutnya perahu kita dan apakah ianya boleh menghalang haluan perahu kita?. Apakah benar bayang batang pokok itu ada dan apakah betul bayang batang pokok kayu besar itu melintang anak sungai dari tebing ke tebing????
Jika jawapannya ada (bayang batang pokok itu benar benar ada) dan jika sekiranya betul bayang batang pokok kayu itu melintang dari tebing ketebing. Bagaimana hendak tuan tuan lalui sungai itu?. Tidakkah tersangkut perahu tuan tuan nantinya dan tidakkah ianya menghalang laluan perahu tuan tuan?. Apakah perahu itu tadi boleh melanggar batang pokok yang merintangi itu?. Apakah tidak bayang pokok kayu besar itu, nantinya membuatkan perahu tuan tuan tersekat? (tersangkut). Jika benar batang pokok itu wujud (ada), sudah pasti perahu tersebut terhalang (tersangkut)???
Jika batang pokok kayu yang besar itu benar benar ada, pastinya perahu tidak boleh melewati anak sungai. Ternyata sekarang ini, perahu tuan tuan itu boleh melewatinya. Sebab apa perahu tuan tuan boleh melewati anak sungai?. Sebabnya bayang batang pokok kayu yang besar dan melintang dari tebing ke tebing itu, sebenarnya tidak wujud dan tidak ada pada kenyataan sebenar dan wujudnya pokok kayu itu, adalah PADA SANGKAAN AKAL atau WUJUD HANYA PADA ISTILAH SEMATA MATA dan bukannya pada kenyataan.
Setelah tuan tuan mendengar cerita perahu dengan bayang pokok, perumpamaan itu hendaklah tuan tuan abadikan pada diri tuan tuan sendiri. Sebagaimana adanya bayang pokok didalam sungai sebegitulah adanya diri kita. Itulah hakikat sebenar kenyataan diri kita. Diri kita ini sebenar benarnya tidak ada dan tidak wujud. Yang wujud dan yang ada itu, adalah hanya tuhan.
Kefahaman sebeginilah yang hendak kita tunjangi dan yang hendak kita pasak kedalam bumi hati, supaya tidak bergoyang bila ditiup angin kencang. Semat, kunci dan paku didalam lubuk hati dengan sebenar benar yakin, bahawa kita ini tidak ada dan kita ini tidak wujud. Inilah pengertian atau pengajaran erti sifat wujud yang sebenar benar benar.
Segala makhluk yang wujud dialam dunia dan dialam langit itu, bukan tuhan(makhluk bukan tuhan), tetapi wujudnya makhluk itu, itulah tuhan. Adanya makhluk itu, itulah tuhan. MAKHLUK BUKAN tuhan TETAPI SIFAT WUJUD ITULAH tuhan.....tuhan yg esa....
Akhir kata...Wa alaikumussalam warahmatillahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwaanuh bagi sahabat sahabat yang memberikan salam..
Terima kasih Ya tuhan.
Aamiin Ya tuhan..
GROUP: AL HAQQ/WUJUD

No comments:

Post a Comment