THE SIGN OF GOD - PART 1 Pengenalan
Awal agama mengenal Tuhan, kenal bukanlah perlu lihat wajah Tuhan tetapi kenal melalui sifatnya dan ciptaannya. Mengenal Tuhan bukanlah melalui falsafah dan ayat-ayat puitis seperti 'dalam aku ada aku, siapakah aku?' tetapi mengenal Tuhan perlu dilihat dari sudut ilmu yang lebih sesuai dengan peredaran zaman terutamanya dalam bidang sains.Ini sesuai dengan ayat kitab/Al-Quran.
إِنَّ فِي خَلۡقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَٰفِ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّهَارِ لَأٓيَٰتٖ لِّأُوْلِي ٱلۡأَلۡبَٰبِ
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal.
(Surah Ali-Imran:190)
سَنُرِيهِمۡ ءَايَٰتِنَا فِي ٱلۡأٓفَاقِ وَفِيٓ أَنفُسِهِمۡ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمۡ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّۗ أَوَ لَمۡ يَكۡفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُۥ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ شَهِيدٌ
Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al-Quran itu adalah benar. Tidakkah cukup bahawa sesungguhnya Rabmu menjadi saksi atas segala sesuatu?
(Surah Fusilat:53)
Bagi orang yang berakal, yang melihat sekeliling alam pasti teruja dengan ciptaan Tuhan. Sukar untuk dinafikan bahawa alam ini tidak terjadi dengan sendiri, bagi mereka yang bergelar Athies mereka mendakwa Alam ini terjadi dengan satu letusan dan kehidupan bermula dengan evoulusi termasuklah manusia yang di dakwa berevolusi dari Beruk.
Setiap Pencipta yang mencipta sesuatu pasti meninggalkan satu tanda pengenalan diri, seperti seorang pembuat Kek yang membuat tambahan kepada Keknya seperti tambahan hiasan atau namanya untuk diperlihatkan kepada umum tentang hasil air tangannya.
Begitu juga tuhan, pencipta Alam ini yang mencipta setiap yang ada disekeliling kita dan termasuklah diri kita sendiri. Dari setiap ciptaanNYA manusia adalah sebaik-baik ciptaan berbanding makhluk lain tetapi sebaik-baik manusia adalah manusia yang berakal dan sentiasa mengkaji, mencari dan mengenal Tuhan. Dan sesesungguhnya mereka yang dikurniakan akal tetapi tidak mahu memikirkannya bagi tujuan mengenal tuhan mendatangkan murka kepada tuhan.
Firman tuhan:
وَمَا كَانَ لِنَفۡسٍ أَن تُؤۡمِنَ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ وَيَجۡعَلُ ٱلرِّجۡسَ عَلَى ٱلَّذِينَ لَا يَعۡقِلُونَ ٠ قُلِ ٱنظُرُواْ مَاذَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ وَمَا تُغۡنِي ٱلۡأٓيَٰتُ وَٱلنُّذُرُ عَن قَوۡمٖ لَّا يُؤۡمِنُونَ
Dan tidak ada seorang pun akan beriman kecuali dengan izin tuhan, dan tuhan menimpakan kemurkaan kepada orang yang tidak mempergunakan akalnya.
Jika dilihat kepada ciptaan tuhan, pasti kita akan terkejut dengan setiap ciptaannya. Ini kerana setiap ciptaan yang dicipta begitu kompleks dari segi sifatnya sehingga tidak terjangkau oleh akal. Contohnya kita lihat daun-daun dan pokok. Bagi mereka yang melihat secara zahir kita hanya melihat ia sekadar tumbuhan yang mungkin bermanfaat kepada manusia dalam proses kehidupan. Tetapi jika lihat secara mendalam ciptaan itu pasti ada tanda yang ditinggalkan supaya kita kenal penciptanya.
Ciptaan Yang dibina dengan Algoritma Matematik
Sekeliling kita sebenarnya dipenuhi dengan Matematik, pakar melihat setiap kehidupan alam dijadikan dengan sekata dan tersusun. Sebagai contoh pakar mendapati terdapat susunan Skala Fibonacci pada daun, pokok, cengkerang, malah sistem suria.
Apa itu Skala Fibonacci?
Apa itu Fibonacci atau nombor Fibonacci? Nombor Fibonacci mendapat nama daripada pengasasnya Leornado Pisano yang menggelar dirinya Fibonacci hasil singkatan daripada Filius Bonacci yang bermaksud ‘anak Bonacci’ kerana bapanya bernama Guglielmo Bonacci.
Beliau merupakan seorang warganegara Itali dan ahli matematik yang terkenal di Eropah semasa zaman pertengahan. Fibonacci telah menemui formula untuk satu siri nombor bagi menjawab permasalahan berkaitan pembiakan semula arnab.
Siri ini terbentuk dengan menambahkan dua nombor berturut yang dimulai dengan 0 dan 1 dan membawa kepada penghasilan urutan nombor berikut :
0,1,1,2,3,5,8,13,21,34,55,89,144,233,377,610,987…….........
Sejak itu, siri nombor ini dikenali sebagai Nombor Fibonacci dan banyak membantu menjawab pelbagai masalah matematik dan misteri alam semula jadi.
0,1,1,2,3,5,8,13,21,34,55,89,144,233,377,610,987…….........
Sejak itu, siri nombor ini dikenali sebagai Nombor Fibonacci dan banyak membantu menjawab pelbagai masalah matematik dan misteri alam semula jadi.
Nombor Fibonacci dapat ditemui pada banyak objek semula jadi disekeliling kita contohnya, pada cengkerang siput dan siput pilin. Bilangan pusarannya adalah berturutan mengikut siri nombor Fibonacci.
Satu perbezaan antara siput dan siput pilin ialah siput mempunyai pusaran cengkerang tiga dimensi manakala siput pilin mempunyai pusaran cengkerang dua dimensi.
Selain itu pernahkah anda mengira kelopak yang terdapat pada kuntuman bunga yang pelbagai jenis? Jika diperhatikan susunan kelopak bunga kebiasaannya didapati adalah 5 dan 8 kelopak.
Namun jika kita perhatikan pelbagai jenis bunga, setiap jenis bunga kebiasaannya mempunyai bilangan kelopak bunga yang mengikut siri Fibonacci seperti 3, 5, 8, 13 dan 21.
Bersambung.....
No comments:
Post a Comment