SIRI TASAWUF: BUNUHLAH DIRIMU
Memahami atau mengetahui tuhan itu lebih dahulu daripada mengetahui diri sendiri. Oleh itu mereka berkata, "lupa akan tuhan adalah lupa akan diri sendiri". Lupa datang kemudian daripada tahu. Seseorang yang lupa pada dirinya (nafs), akan lupa pada Tuhannya.
Seorang darwish yang memakai pakaian hitam masuk ke dalam tempat ibadat Syeikh Junaid al Baghdadi. Apabila ditanya oleh sang syeikh kenapa dia memakai pakaian hitam, darwisy itu menjawab mengatakan bahawa Tuhannya telah mati. Apalagi ia pun dihalau keluar dari tempat pengajian itu sebanyak tiga kali.
Kemudian barulah diketahui yang Sang Darwisy itu telah membunuh diri (nafs)nya sendiri dengan kerana kejahilan, dan oleh sebab itulah beliau memakai pakaian hitam.
No comments:
Post a Comment