TAHU dan KENAL dua perkara yang berbeza. Ramai orang hanya tahu tentang tuhan dan hanya sekadar faham atas tahu bukan kenal, jadi mereka hanya yakin kepada tuhan atas dasar sangkaan semata mata. Maka dengan itu munculah tuhan mengikut versi kefahaman masing masing, maka wujudlah ritual ritual ciptaan bagi menyembah tuhan versi ciptaan akal masing masing. Dan masing masing menyangka bahawa mereka sudah beriman , sedangkan mereka belum pernah pun beriman.
KENAL ,mereka yang kenal sudah pasti beriman sebenar benar beriman dah lagi sah imannya. Kerana apabila sudah mengenali sudah pasti mereka sudah melihat, kerana untuk kenal wajib melihat . Kerana kenal dan melihat ini terlebih tinggi darjatnya dari tahu. Inilah darjat haqqul yakin. Dan tidak ada tuhan versi tahu atau tuhan ciptaan akal, semua itu sudah tidak ada, yang ada haqqul yakin.
Kerana itu mereka yang beragama kebanyakan hanya diajar untuk mempercayai tuhan hanya dengan kefahaman ilmiah dan cerita cerita sema mata , sekadar percaya atas tahu , inilah iman palsu bukan iman yang sah dan sahih.
Sedangkan makrifat itu membawa kepada mengenali dan melihat tuhan dengan sebenar benarnya bukan sekadar versi sangkaan . Inilah sebenar benar beriman dan sah imannya , inilah yang tahkik dan haqqul yakin. Ingatlah iman pada tahap ilmu yakin itu tidak sah kerana masih syirik dan munafiq.
No comments:
Post a Comment