________________________________________
Aku tidak mahu taklid buta lagi, walaupun ulamak syariat memakai dalil-dalil dan nas yang hebat. Alhamdulillah, kini jiwaku tenteram dan bahagia, hidupku puas dengan nikmat tuhan pada setiap saat. Dalam soal ibadah aku tidak takut akan sedikit amal. Perasaanku kini tidak ada lagi merasakan takut atau gentar.

Aku tidak takut dengan neraka, dan aku tidak takut dengan seksa, dan aku tidak takut sedikit amal, dan aku tidak takut dicela dan aku tidak takut dikafirkan makhluk, dan aku tidak takut miskin dan aku tidak takut mati. Kata-kata takut itu lenyap semuanya dalam perasaanku.
________________________________________
Sebaliknya, aku merasa senang, bahagia, kasih sayang, sabar, cinta dan redha. Dan aku telah merasakan nikmat di dalam nikmat. Semuanya nikmat, tidak ada lagi yang namanya bala dan juga seksa. Kini aku tidak pernah minta syurga lagi. Sebab nikmat itulah hakikat syurga, dan telah pun aku rasakan di dalam dunia ini.

Dunia itu nikmat dan akhirat itu pun nikmat. Senang itu nikmat dan susah itu pun nikmat. Baik itu nikmat dan buruk itu pun nikmat. Syurga itu nikmat dan akhirat itu pun nikmat. Tidak ada yang tidak nikmat bagiku. Tidak ada yang tidak baik bagiku. Tidak ada yang tidak taat bagiku. Semuanya nikmat dan nikmat.
________________________________________
Semua nikmat, semua baik, semua ibadat, semua rahmat, dan semua redha bagiku. Dalam pandanganku tidak ada lagi yang namanya iblis dan syaitan, dajjal dan firaun, manusia dan jin, malaikat dan nahi-nahi, semua Tuhan dan Tuhan semuanya. Pendek kata, serba Tuhan, dan tidak ada selain Tuhan.

Hanya dengan cara beginilah seorang makhluk tuhan akan mencapai ketenteraman jiwa dan juga kebahagiaan yang hakiki. Dengan cara inilah aku mencari kebenaran yang mutlak, dan tidak ada yang lebih bahagia daripada kebahagiaan seorang ahlul makrifah.

No comments:
Post a Comment