Monday, 7 January 2019

kalam

Dia menyatakan As-SomadNya ( punca segala kehajatan ), Dia KeTunggalan dan KeEsaan didalam persembahan dan kekurniaan dan segala kehajatan.
taat dan rukuk' adalah kurnia daripada Yg Maha Kekurniaan, doa dan munajat adalah otak ibadat iaitu benar pada ubudiyah didalam menyatakan kehajatan seluruh nur dan zulmah.
Air persembahNya dalam kehajatannya untuk mengalir dan siang berhajat kepada cahayaNya dan malam berhajat kepada kegelapanNya dan mata berhajat kepada BasarNya ( penglihatanNya ) dan telinga berhajat kepada Sama'Nya ( pendengaranNya ) dan nyawa berhajat kepada HayatNya.
Maka akan Dia-lah semua persembahan/perlakuan dan akan Dia-lah semua berhajat, semua kehendak adalah KehendakNya dan semua kuasa adalah KudratNya, Dia diatas tiap-tiap sesuatu Maha Kuasa, dan kepadaNya semua dikembalikan, Dia Maha Bijaksana dan Maha Rapi tadbiranNya.
- BUTA SELAIN tuhan

No comments:

Post a Comment