Wednesday, 9 January 2019

BENARKAH KITA BERIMAN? MENGAPA MASIH GOYANG?

BENARKAH KITA BERIMAN?
MENGAPA MASIH GOYANG?
________________________________________
Rasa tidak tenteram kebiasaannya timbul daripada kefahaman yang rapuh atas sebuah pengetahuan lalu mewujudkan rasa cemas. Selalunya mereka cemas jika pegangannya dianggap salah oleh orang lain. Lalu perasaan cemas itu pula mendorong mereka untuk merendah-rendahkan pegangan orang lain.
________________________________________
Merendah-rendahkan pegangan orang lain sesungguhnya adalah suatu bentuk perbuatan defensif atas pemahaman yang mudah goyah.
________________________________________
Jika kita mengaku sebagai orang yang beriman, maka seharusnya kita meraikan perbezaan pendapat dan pegangan, kerana kita sedia maklum, walau bagaimana kuat sekalipun doktrin atau pun dakwah mereka, semuanya adalah sia-sia belaka, kerana kita tetap sahaja yakin dengan pegangan kita.

No comments:

Post a Comment