Tuesday, 2 January 2018

yang ada Muhammad sahaja yang sedar

Diri manusia yang ada Muhammad sahaja yang sedar bahawa dirinya lemah, tak ada kehebatan, sedar dirinya bermula dari tiada. 
Firman Allah dalam surah Ad Dahr (al insan) 
Sesungguhnya telah datang kepada manusia suatu ketika daripada masa, yang ia belum tersebut sedikit pun. (ayat:1)
Diri yang ada Muhammad sahaja yang sedar dirinya asal dari tiada yakni kosong (belum ada). Dan sedar kita ini terjadi dari lendir yang hanyir serta jijik tiada sedikit pun kemuliaan. 
Seperti firman Allah didalam surah Ad Dahr :
Sesungguhnya kami ciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur, supaya kami mengujinya, lalu kami jadikan dia mendengar lagi melihat. (ayat:2)
Kita ada ini kerana Allah yang menghendaki, kita boleh jadi beriman ini pun kerana pandang kasih sayang Allah terhadap diri ini, bukan kerana diri kita atau pilihan kita sendiri, kita itu tiada apa apa, kita ni jijik hina tiada apa apa. Kerana itulah Allah suruh kita bersolawat supaya kita menjadi diri Muhammad, hanya diri Muhammad sahaja yang sedar, bukan Allah perintahkan bersolawat hanya sekadar untuk menyebut namanya sahaja. Tetapi supaya kita menjadi diri Muhammad. Kerana pada diri Muhammad itulah ada kesedaran bahawa yang maha mulia, maha hebat, maha segala maha itu ada satu sahaja, kerana itulah Allah perintahkan kita mengakui hanya satu sahaja (esa). Firman Allah dalam surah Al Ikhlas:
Katakanlah dialah Allah yang mahaesa. (ayat:1)
Kalau kita merasakan kita hebat kita mulia dan sebagainya maka itu sudah syirik, kerana hanya dia yang maha esa sahaja yang maha hebat, maha mulia dan maha segala maha. Hanya yang ada diri Muhammad sahaja yang sedar.

No comments:

Post a Comment