Friday, 19 January 2018

fb d

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..selamat pagi diucapkan kepada adik-beradik sahabat, ahli keluarga dan sahabat handai yang saya hormati lagi saya sayangi semua.
Hari ini kita berpeluang merasai lagi nikmat
hari untuk satu tarikh baru ditahun 1439H/2018M.Lantaran itu, pastinya hari yang indah ini
bakal mencambahkan juga satu benih peluang untuk kita semua merintis kaedah jalan bagi melengkapkan apa sahaja yang kita mahukan di dalam kehidupan seharian..tentu sekali ada diantara kita semua mahu memaknai kehidupan ini dengan erti kesenangan kekayaan harta atau kemasyhuran nama bahkan ada pula yang bertungkus-lumus dan sedaya upaya sabar
berusaha untuk memenangi hati semua orang disekelilingnya.
Percayalah, jika kita benar-benar berusaha semua yang kita impikan itu sudah pasti semakin menghampiri satu makna bernama keberhasilan.Sedarlah,tidak ada sesiapapun yang dapat menghalangi matlamat kita..jika kita ingin jadi kaya silakanlah, jika ingin pula kejar kemasyhuran kejarlah atau jika ingin disayangi teruskanlah. Sebab kita semua sudah tahu Allah itu Maha Adil dan Maha Kaya dan Dia ciptakan dunia dan isi dunia ini memang dijadikan untuk kita..ya, untuk kita semua yang bergelar manusia ini jadi buatlah sesuka hati kita selagi ada sedikit waktu.
Minggu lepas saya ada terbaca satu artikel berkisar tentang sebuah pusat penyelidikkan di sebuah negara yang sedang berusaha untuk membangunkan satu teknologi berhubung dengan penghasilan tabung mayat dimana mereka yakin dalam tempoh 100 tahun akan datang manusia yang telah meninggal dunia berpotensi dapat dihidupkan kembali.Seusai saya membaca artikel tersebut jujurlah sebenarnya perasaan saya jadi bercampur baur antara geli hati dan kagum.Bagi saya ini semua satu bentuk kajian dalam sektor perniagaan yang 'genius tetapi pengecut' kerana revolusi sebegini hanya bakal menjadikan satu reaksi jenaka atau berpotensi mencabar satu pembentukkan fenomena perubahan kepercayaan manusia sejagat tidak kira samaada dari fahaman dan Agama mana sekalipun.Sebagai seorang yang beragama Islam saya dengan tegas mempercayai ini semua adalah satu propaganda yang melucukan.
Kita semua sedar dan sedia maklum setelah sekian lama semua manusia dari satu tamadun ke satu tamadun tetap meyakini bahkan akur dalam menerima kejadian mati.Oleh itu pada pendapat saya kita semua wajib bersedia untuk menghadapi kematian kerana kejadian ini kekal menjadi misteri.Maksud misteri bagi saya di sini ialah kejadian mati merupakan satu kejadian yang tidak semua orang tahu di mana, bila dan bagaimanakah ia akan berlaku namun kematian akan terus berlaku dari dulu sehingga ke hari ini tidak kiralah dari kalangan orang lelaki atau perempuan, kaya atau miskin, raja atau rakyat jelata, tua atau muda bahkan bayi juga pasti akan merasai mati.Lantaran itu satu persoalan yang sering berlegar di ruang pemikiran saya adalah satu persoalan mengenai sejauh manakah persediaan saya dan saudara semua untuk menghadapi kematian?..fikirkan dan tanyalah diri masing-masing.Di dalam situasi sebegini saya teringat satu kata-kata seorang yang bijaksana beliau pernah mengungkapkan lebih kurang begini kepada saya pada suatu ketika dahulu "Jika kamu takut mati lebih baik kamu jangan hidup tetapi jika kamu mahu hidup maka hiduplah dengan penuh erti."
Saudaraku, marilah kita bermuhasabah diri sejenak untuk menghayati apakah hakikatnya tujuan hidup ini.Adakah kita sekadar hidup untuk makan dan minum? Atau.. sekadar berlawan sesama sendiri tampa ada tujuan dan manfaat yang jelas? Sesekali jika ada masa berkelapangan saya mencadangkan eloklah sangat kita pergi ke hospital ambil masa satu atau dua jam untuk menyaksi sendiri keadaan mereka yang sakit di sana atau pergilah ke tanah perkuburan bawa juga sebotol air mawar dan secebis kain putih.Di sana nanti cuba kita tekupkan tangan ke dada rasailah degupan jantung dan suruhlah jantung kita itu berhenti untuk seketika.Bolehkah ia berhenti ? Maaf, sebenarnya saya ingin mendorongi diri dan saudara semua untuk sama-sama merenung sedalam-dalamnya..marilah kita mencari dan menyelongkari erti hidup ini mudah-mudahan nanti kita semua akan bersedia membuat persiapan ke arah satu tujuan yang sama.Inn shaa Allah...
Saya ingin menyentuh sedikit lagi berkaitan isu penyelidikkan bagi menghasilkan tabung mayat itu tadi.Benar, saya berpendapat perkara itu cuma satu bentuk perniagaan yang 'genius tetapi pengecut' kerana sudah pasti sekiranya kajian itu berjaya maka yang memilih untuk tidak akan mati tentu sekali mereka yang kaya dan berkuasa.Jadi kehancuran dunia tetap akan berlaku kerana yang berkuasa dan kaya akan lebih bernafsu untuk saling berebut kegemilangan kuasa mereka tampa akan berjaya menemui titik noktah kesudahan sampailah ke bila-bilapun.Masa itu saya terfikir hidup pun dah jadi tidak seronok seperti hari ini sebab kestabilan tamadun tidak lagi sejajar dengan norma kemanusiaan sebenar bahkan peperangan tentu akan menjadi lebih kerap dan lebih dasyat.Malah masa itu juga saya rasa tiada lagi kepercayaan terhadap Agama, ekosistem alampun mungkin juga sudah banyak berubah.
Maafkan saya, sebelum bertambah meleret-leret lagi saya menulis eloklah saya tamatkan penulisan pada kali ini dengan satu bentuk pendirian.Secara peribadi walau apapun kajian didengar dan dilihat hebat pada kita semua sejujurnyalah saya dengan sepenuh keyakinan lagi percaya firman Allah tetap tidak boleh diubah-ubah.Saya mempercayai kejadian kematian,oleh itu dengan rendah diri saya meminta supaya doakanlah yang terbaik untuk saya wahai saudaraku semua dan saya juga akan doakan yang terbaik juga untuk kalian semua.Inn shaa Allah.. maafkan saya jika ada kesalahan ejaan dan terpesong maksud di dalam penulisan saya hari ini.Saya sekadar meluahkan pendapat jika ada pembetulan atau ingin diperbaikki saya berbesar hati untuk menilainya dengan rasional terima kasih dan salam ceria.
.......................................................................
AweSalik069
03 Jamadil Awal 1439H
20/01/2018M

No comments:

Post a Comment