Thursday, 16 November 2017

SOLAT DAIM (Solat Yang Berkekalan)


SOLAT DAIM (Solat Yang Berkekalan)
Seorang wanita berkata kepada teman lelaki yang baru sahaja dikenalinya: “Kamu tahu tidak, sampai umur 23 tahun aku jarang sekali solat?” Sang lelaki menjawab: “Bagaimana ceritanya?” Wanita itu lalu berkisah: “Aku dulu meminati seorang gitaris dari sebuah grup band rock. Saat aku melihat dia di hotelnya, dia keluar dari kamar hotel dengan memakai kopiah dan sarung dengan muka yang bersinar. Bersih habis setelah solat.
Itu pemandangan yang aneh. Seorang gitaris rock rajin solat ketika teman-temannya yang lain tidak ada yang mengerjakannya. Mataku berkaca-kaca melihatnya. Hatiku berdebar-debar merasakan auranya. Cintaku kepadanya membawaku kepada Allah. Dari situlah pencarianku bermula. Hidayah mendatangiku. Aku belajar solat dan mendapatkan kedamaian luar biasa. Ke mana-mana terasa ditemani, dijagai, diarahi, oleh Allah. Indah sangat!”
Lelaki itu kemudian berkata: “Kamu tahu tidak, sampai umur 21 tahun aku selalu solat?” Sang wanita menjawab: “Oh, bagaimana ceritanya?” Lelaki itu lalu berkisah: “Aku dulu meminati seorang gadis berhijab, tetapi tidak berani mendekatinya. Aku betul-betul terpesona dan menjadi gila olehnya. Dia seperti bersaing dengan Allahku, sehinggakan saat solat aku menghadapkan sajadahku ke arah rumahnya. Aku memujanya hampir sepanjang waktu jagaku, melebihi solat 5 waktu. Saat itulah aku merasa mendapat hidayah. Aku mulai berani meninggalkan solat. Solat 5 waktu tidaklah cukup bagiku untuk memuja Keindahan.
Dalam kegilaanku aku menyaksikan wajah Allah di mana-mana, bila-bila sahaja. Perlahan-lahan aku mulai dapat melepaskan diri dari ketakutan akan dosa jika tidak solat. Seakan-akan Allah berkata kepadaku: ‘Selama ini kamu beribadah kepada-Ku kerana takut! Aku tak perlu kepada solatmu. Aku hanya ingin melihatmu bahagia dengan cara apa sahaja yang boleh membuatmu bahagia. Ketika engkau bahagia, pada saat itulah engkau berada bersama-Ku, tidak pernah terpisah, kerana Aku adalah Kebahagiaan di dalam dirimu!’"
Sang wanita terkesima sejenak, lalu dia berkata: “Kita bagaikan dua kutub berlawanan yang sama-sama menampilkan Keindahan Tuhan.”

No comments:

Post a Comment