PERSEPSI vs REALITI
Apabila orang yang kita sayang ditimpa sakit, kita beranggapan bahawa ianya adalah ujian dari tuhan.
Apabila orang yang kita benci ditimpa sakit, kita beranggapan bahawa ianya adalah musibah dari tuhan.
Apabila orang yang kita sayang diuji dengan dugaan berat, kita beranggapan bahawa ia berlaku kerana tuhan sayang kepadanya.
Apabila orang yang kita benci diuji dengan ujian berat, kita beranggapan bahawa ia berlaku kerana tuhan benci kepadanya.
Jaga-jaga dengan anggapan,
Kerana ia bukanlah kebenaran.
Kerana ia bukanlah kebenaran.
No comments:
Post a Comment