JUNAID DAN IBLIS
Dikisahkan dari Syeikh Junaid Al Baghdadi, pada suatu hari, Maulana Junaid ingin melihat Iblis. Junaid berkata: "Aku berdiri di pintu masjid dan dari kejauhan terlihatlah olehku seorang tua yang sedang berjalan ke arahku, begitu aku memandangnya, rasa seram mencengkam perasaanku."
“Siapakah engkau ini?”, aku bertanya.
“Yang engkau inginkan”, jawabnya.
“Wahai makluk yang terkutuk”, aku berseru, “Apakah yang menyebabkan engkau tidak mahu bersujud pada Adam?”
“Bagaimanakah pendapatmu Junaid?”, Iblis menjawab, “Jika aku bersujud kepada yang lain daripada-Nya?”
Junaid mengisahkan, betapa dia menjadi bingung kerana jawapan Iblis itu. Dan dari dalam lubuk hatiku, terdengarlah sebuah seruan, “Katakanlah, engkau adalah pendusta, seandainya engkau adalah seorang hamba yang setia, nescaya engkau akan mentaati perintah-Nya”.
Ketika Iblis mendengar kata-kata ini, ia meraung nyaring. “Demi Allah Junaid, engkau telah membinasakan aku!”, dan setelah itu ia pun hilang.
No comments:
Post a Comment