Friday, 3 November 2017

ILMU PEMUTUS

ILMU PEMUTUS @ PENGHABISAN
Bagi mereka-mereka yang sudah mencapai tahap makam makrifat yang sejati atau makrifat yang putus, mereka tidak lagi boleh menzahir-menzahirkan wajah Allah. Pada peringkat ini, wajah Allah tidak lagi boleh dizahir-zahirkan.
Kerana apa? Kerana Allah sudah sememangnya terzahir dengan nyata yang tidak lagi memerlukan wajah untuk menyata atau menzahirkan diriNya. Dia adalah diriNya, dan hanya diriNya sahaja yang bersifat wujud.
Allah sememangnya sudah terzahir terang lagi nyata, lebih terang dan lebih nyata dari cahaya matahari. Sehingga tidak lagi perlu mengguna mata untuk melihat Allah, kerana mata bersifat buta. Yang memiliki sifat melihat hanya Allah.
Tahap makrifat yang putus, tidak lagi boleh menggunakan mata untuk memandang atau melihat Allah kerana yang memandang dan yang melihat itu sendiri adalah Allah.

No comments:

Post a Comment