Friday, 3 November 2017

ASAL DIRI


ASAL DIRI
Allah tiada di dalam diri kita, tetapi kitalah yang ada di dalam Allah, bukan kita mengandungi Allah, tetapi Allah-lah yang mengandungi kita, bukan kita yang meliputi Allah, tetapi Allah-lah yang meliputi kita.
Kesemua sifat yang kita miliki ini adalah milik Allah, sifat yang ada pada diri kita pasti akan hilang lenyap dan hancur binasa. Sifat yang kekal dan abadi itu hanyalah Allah SWT.
Firman Allah :
"Tiap-tiap sesuatu akan binasa, kecuali Zat Nya, baginya hukum itu dan kepada Nya kamu dikembalikan."
Makhluk itu hanya menjadi 'bekas' atau tempat Penzahiran Ketuhanan. Tempat Dia menyatakan DiriNya.
Melalui 4 fasal yang dizahirkan pada :
1. Usul (Zat)
2. Asal (Sifat)
3. Nama (Asma)
4. Perbuatan (Af'al)
Yang menjadi empat jalan :
1. Syariat
2. Tharikat
3. Hakikat
4. Ma'rifat
Martabatnya :
1. Syariat itu Af'al Allah
2. Tharikat itu Asma Allah
3. Hakikat itu Sifat Allah
4. Ma'rifat itu Zat Allah
Alamnya :
1. Alam Syariat - Alam Nasut
2. Alam Tharikat - Alam Malakut
3. Alam Hakikat - Alam Jabarut
4. Alam Ma'rifat - Alam Lahut
Menjadi :
1. Syariat jadi Tubuh
2. Tharikat jadi Hati
3. Hakikat jadi Ruh atau Nyawa
4. Ma'rifat jadi Sirr Rahsia
1. Zat = Wujud zat iaitu wujud yang HAQ pada zat Allah difahami dengan Rabbul Izzati iaitu wujud yang sebenar benarnya melekat pada zat Allah, yang menjadi Rahsia (SIRR), merupakan sesuatu yang tidak boleh diucapkan tapi secara nyata boleh dirasakan, seperti rasa manis pada gula, rasa masin pada garam, hanya boleh dirasakan tanpa boleh dikatakan.
2. Sifat = Wujud Sifat iaitu wujud yang melekat pada sifat zat difahami dengan sifat Allah iaitu terhimpunnya sekalian sifat dari segala sifat, yang dirangkumi oleh para wali menjadi sifat 20, wujud sifat ini dinamakan juga Nur Muhammad, yang merupakan Ruh atau Nyawa pada diri.
3. Asma = Wujud Asma iaitu wujud yang melekat pada nama zat yakni terhimpunnya sekalian nama dari segala nama, yang diringkas menjadi asma ul husna 99 nama 1 Rahsia, wujud ini dinamakan juga wujud iman, merupakan hati pada diri tempat keyakinan yang menjadi iman kepada Allah sebagai cermin setiap makhluk yang memahami tentang zat Allah.
4. Af'al = Wujud Af'al iaitu wujud yang melekat pada perbuatan zat difahami dengan kelakuan Allah dalam Kudrat IradatNya, iaitu wujud yang keberadaanNya disebabkan oleh suatu sebab sehingga tidak terjadi dengan sendirinya, wujud ini dinamakan juga wujud adam, merupakan tubuh pada diri.
Sehingga pemahaman tentang wujud Allah ini adalah :
1. Zat Allah jadi Rahsia pada diri.
2. Sifat Allah jadi Nyawa atau Nur Muhammad atau Ruh pada diri.
3. Asma Allah jadi Hati atau iman pada diri.
4. Af'al Allah jadi tubuh pada diri.
Tugas Sirr adalah merasakan.
Tugas Ruh adalah menghidupkan.
Tugas Hati adalah mengakui.
Tugas Wujud adalah memperlihatkan Af'al-NYA.
Tugas Akal adalah berfikir.
Tugas Nafsu adalah berkeinginan
Jadi bukan Zat melainkan RAHSIA pada diriku.
Bukan Sifat melainkan Nur Muhammad atau NYAWA menjadi Ruh pada diriku.
Bukan Asma atau nama melainkan HATI atau keyakinan menjadi iman pada diriku.
Bukan Perbuatan melainkan batang TUBUH pada diriku.
Inilah yang sebenarnya penerangan kepada erti manunggalnya diri dengan Allah Yang Maha Esa, yang dimaksudkan dengan Wahdatul Wujud yang berada pada diri meliputi Zat Sifat Af'al dan Asma, tiada jarak antara Hamba dan Allah SWT.

No comments:

Post a Comment