Air laut rasanya masin, garam rasanya pun masin, tak ada beza, yang beza pada sifat dan nama sahaja, hakikatnya adalah benda yang sama tiada beza, zahir garam hakikat air laut.
air laut, ombak dan buih, nama sifat dan kelakuan sahaja yang berbeza, tetapi hakikatnya sama sahaja air laut jua tak ada beza pun. Hakikatnya dari yang satu kerana pertajalian afaal, sifat dan nama maka terjadilah pelbagai rupa bentuk dan pangilan, hakikatnya dari yang satu jua dan sebenarnya air laut jua bukan apa apa pun. Maka begitulah alam ini dan diri kita hakikatnya dia semata mata, tiada yang lain pun. maka matikan dirimu dahulu baru baru sempurna dan meliputi. ibarat ikan dilaut ketika hidup dalam lautan yang masin, isinya tak terasa masin, tetapi setelah mati rasa masin meliputi seluruhnya. (hanya ahli makrifat sahaja yang faham)
No comments:
Post a Comment