Sunday, 3 September 2017

BERFIKIRLAH SEJENAK

BERFIKIRLAH SEJENAK
Jika rancangan asal Aku adalah agar 100% penduduk bumi ini beragama islam semata-mata, sudah tentunya Aku tidak menjadikan pelbagai agama lain seperti Kristian, Yahudi, dan Hindu...
Jika rancangan asal Aku adalah agar 100% penduduk bumi ini beriman kepada quran semata-mata, sudah tentunya Aku tidak menurunkan pelbagai kitab lain seperti Taurat, Zabur, dan Injil...
Jika rancangan asal Aku agar dikenali sebagai Maha Rahman dan Maha Rahim, sudah tentulah Aku tidak akan menciptakan Neraka semata-mata untuk menyiksa dan menzalimi hamba-hamba Ku...
Mengapa Aku menjadikan umat manusia itu bermacam ragam agama, bermacam ragam bangsa, bermacam warna kulit dan bahasa, dan bermacam ragam perangai?
Mengapa Aku menurunkan kitab Taurat, Injil, dan Zabur dahulu, kemudian barulah Al-Quran... Mengapa Aku turunkan Quran sebagai yang terakhir, bukan yang pertama?

No comments:

Post a Comment