Wednesday, 13 September 2017
fb
Abu Hurairah ra. berkata : Bersabda Rasulullah s. a. w. : Allah berfirman :
Apabila Aku menguji hambaku yang beriman, kemudian ia tidak mengeluh kepada pengunjung pengunjungnya, maka Aku lepakan ia dari ikatanku dan Aku gantikan baginya daging darah yang lebih baik dari yang asal, dan ia boleh memperbaharui amal, sebab yang lalu telah diampuni semua.
Diriwayatkan : Allah telah menurunkan wahyu kepada salah seorang Nabi s. a. Aku telah menurunkan bala (ujian) kepada seseorang hamba maka ia berdoa, dan tetap Aku tunda permintaanya, akhirnya ia mengeluh, maka Aku berkata kepadanya : Hambaku, bagaimana Aku akan melepaskan daripadamu rahmat yang justru bala itu mengandungi rahmatku.
Kerana dengan segala kelakuan kebaikanmu engkau tidak dapat sampai ke tingkat yang akan Aku berikan kepadamu, maka dengan bala itulah engkau dapat mencapai tingkat dan kedudukan si sisi Allah.
Beraneka warna jenis amal perbuatan, kerana bermacam macam pula pemberian kurnia Allah yang diberikan kepada hambanya.
kerana itu tiap orang salih yang menuju ke suatu maqam (tingkat) harus mengerti dalam ibadat yang mana ia rasakan nikmat ibadat, maka disitulah akan terbuka baginya, apakah dalam solat atau puasa dan lain lainnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment