Tuesday, 12 September 2017

maki hamun

Sekadar Perkongsian
Kisah Guru dimaki hamun seorang lelaki
Seorang lelaki yang berbeza fahaman dengan seorang Guru mengeluarkan kecaman dan kata-kata kasar, meluapkan kebenciannya kepada Sang Guru.
Sang Guru hanya diam, mendengarkannya dengan sabar, tenang dan tidak berkata apa pun.
Setelah lelaki tersebut pergi, si murid yg melihat peristiwa itu lalu bertanya, "Mengapa Guru diam sahaja tidak membalas makian lelaki tersebut?"
Beberapa saat kemudian, maka Sang Guru bertanya kepada si murid,
"Jika seseorang memberimu sesuatu, tapi kamu tidak mahu menerimanya, lalu menjadi milik siapakah pemberian itu?”
"Tentu sahaja menjadi milik si pemberi” jawab si murid.
"Begitu pula dengan kata-kata kasar itu”, balas Sang Guru.
"Kerana saya tidak ambil endah dengan kata-kata itu, maka kata-kata tadi akan kembali menjadi miliknya. Dia harus menyimpannya sendiri.
Dia tidak menyedari, kerana nanti dia harus menanggung akibatnya di dunia bahkan di akhirat, kerana aura negatif yang muncul dari fikiran, perasaan, perkataan, dan perbuatan hanya akan membuahkan penderitaan hidup.”
Kemudian, Sang Guru meneruskan kata-katanya, "Sama seperti orang yang ingin mengotori langit dengan meludahinya. Ludah itu hanya akan jatuh mengotori wajahnya sendiri.
Demikian halnya, jika di luar sana ada orang yg marah-marah kepada mu, mengata, mengumpat, mempersendakan, menilaikan kamu dengan merendahkan kamu, biarkan sahaja, kerana mereka sedang membuang SAMPAH HATI mereka.
Jika engkau diam sahaja, maka sampah itu akan kembali kepada diri mereka sendiri, tetapi jika engkau balas balik, bererti engkau menerima sampah itu.”
Bersembang... Eh! Bersambung. Hehehe ðŸ˜„😄

No comments:

Post a Comment