Monday, 18 September 2017

MENGEMBALIKAN AMANAH

MENGEMBALIKAN AMANAH
________________________________________
Berkata SYEIKH HAMZAH FANSURI dalam kitab karya beliau yang berjudul "Kitabu Ulil Amri"
Sebelum Nyawa atau Nur Muhammad dimasukkan ke dalam Jasad, maka Allah telah meminta agar Nur Muhammad berjanji supaya:
Pertama : Tidak Mensekutukan Diri-Nya.
Kedua : Memulangkan Jasad kepada-Nya.
Oleh itu, masuklah Nur Muhammad dengan kedua-dua syarat tersebut.
Apabila sampai masanya, maka Nur Muhammad atau Nyawa atau Roh akan diperintah menghadap Rabbul Jalil, Zat Muhammad.
________________________________________
Kalau Nyawa menghadap tanpa Jasad, maka ini bererti menunjukkan Hidupnya Nyawa selama ini MENSYIRIKKAN ZAT.
Akibatnya Nyawa pun dihukum kerana MUNGKIR JANJI.
Sebab itu PENAMAT ILMU ini ialah SATU sahaja, iaitu MENGEMBALIKAN SEMULA JASAD KEPADA ZAT kerana ini menunjukkan Amanah Allah kepada Nur-Nya.
________________________________________
Kalau NYAWA pergi tanpa JASAD, maka SESAT hukumnya.
Seperti mana Firman Allah Taala dalam Surah FATHIR ayat 16 yang mafhumnya :
"Jika Dia mahu, nescaya Dia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yang baharu."
Nyawa yang mungkar kerana sesat jalan sehingga tidak dpt kembali semula ke Jasadnya, maka Nerakalah tempatnya.
________________________________________
Sesungguhnya Nur Muhammad ini adalah sebaik-baik kejadian tetapi Mungkir Janji dengan ZAT MUHAMMAD, iaitu diserahkan Jasad ke dalam Tanah Kubur, SIAPA SURUH?
Jasad ini HAK ZAT maka serahlah kembali pada ZAT bukan Hak Tanah.
Hutang A, kenapa pula dibayar hutang pada Z?
Daripada SEBAIK-BAIK kejadian, jadilah ianya SEHINA-HINA CIPTAAN Allah, inilah NERAKA namanya.

No comments:

Post a Comment