Tuesday, 5 September 2017

3 PECAHAN DIRI

3 PECAHAN DIRI
Di sini kita bicarakan sedikit tentang diri kita yang sebenar-benarnya.
Adapun diri kita ini ada tiga bahagian. Pertama ialah diri yang sebenarnya (Sirr) Kedua ialah diri terperi (Muhammad) Ketiga ialah diri terdiri (adam).
Jadi yang pertama tadi ialah kembali kepada yang Haq. Kedua ialah kembali kepada rasa Muhammad. Ketiga ialah yang tetap tinggal kepada rasa adam semula. Jadi dosa besar yang tiada ampunan, kecuali kembali kepada yang sebenarnya.
Jadi yang sebenar benar Ruh itu Nur Muhammad. Dan sebenar-benar Nur Muhammad itu Sifat. Sebenar- benar sifat itu ialah Zat. Jadi Allah adalah nama Zat, dan Muhammad adalah nama Sifat. Zat dan Sifat itu tiada bersatu dan tiada bercerai.
WANAN KAANAFI HAJIHI AMA FAHUWA FIL AKHIRATIA’MA WA ‘ADHOLLU SABBILA, ertinya: "Barang siapa yang buta di dalam dunia ini, nescaya akan lebih buta pula di akhirat sesat di jalan."

No comments:

Post a Comment