UTAMAKAN YANG UTAMA
________________________________________
Ilmu Makrifatullah ini, boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja... Tidak mengira kaum, keturunan, taraf hidup, taraf pendidikan, dan sebagainya... Bahkan anak kecil mahupun orang tua jua, boleh mempelajari ilmu ini...

Tidak semestinya kalian wajib memiliki sijil PhD dalam syariat agama, barulah layak untuk membincangkannya... Dan tidak semestinya kalian wajib menjadi lepasan universiti Al-Azhar, barulah layak untuk membicarakannya...
________________________________________
Salah faham yang berlaku pada hari ini, telah pun berlarutan sejak dahulu lagi... kononnya, para pelajar haruslah khatam dahulu bab-bab yang berkaitan ilmu syariat, barulah layak untuk peringkat seterusnya, iaitu tarekat, hakikat, seterusnya barulah belajar ilmu makrifat...

Jika demikianlah jalan ceritanya, nescaya kamu itu tidak akan dapat mendalami hakikat makrifat sehingga akhir hayat kamu... kerana hukum hakam dan syariat itu tidak pernah habis... lihat saja, setiap hari, ada saja hukum baru yang difatwakan oleh para mufti berkenaan dengan permasalahan dunia, yang takkan pernah berakhir buat selamanya...
________________________________________
Makrifatullah itu adalah mata pelajaran pertama yang harus dipelajari jika kalian mengaku sebagai penganut agama islam... dan inilah inti pati ajaran yang pertama, sebelum kalian mengabdikan diri kepada Allah... awaluddin makrifatullah- iaitu awal agama itu, adalah mengenal akan Allah...

No comments:
Post a Comment