Tuesday, 29 August 2017

CINTA DAN BENCI

CINTA DAN BENCI
Mencintai tak perlu alasan, kerana cinta adalah suara roh yang sunyi dari keriuhan kata...
Membenci pula perlu banyak alasan dan sebab, kerana kebencian adalah suara nafsu yang senantiasa tenggelam dan lesu...
Dalam cinta, segala perbezaan akan menyatu, kerana itulah hakikat roh, yang tunggal adanya, meskipun berada dalam wujud dan pakaian yang berbeza...
Dalam rasa kebencian, mata hatimu akan dibutakan oleh perbezaan wujud dan pakaian, sehingga kamu lupa bahawa segala sesuatu pada hakikatnya tunggal adanya...
Apakah yang dihasilkan oleh cinta?
Kedamaian...
Apakah yang dihasilkan oleh benci? Penderitaan...
Engkau bebas memilihnya.

No comments:

Post a Comment