Monday, 21 August 2017

Pesanan Ikhlas Buat Para Jemaah Haji

Pesanan Ikhlas Buat Para Jemaah Haji
"Labbaik Allah Umma Labbaik"
________________________________________
Ibadah haji merupakan puncak ibadah, diundang oleh Dia Yang Maha Agung, Sang Penguasa Dunia dan Akhirat.. Seharusnya di sana, kita berjumpa dengan yang mengundang kita, iaitu Pemilik Ka’bah, pemilik dunia akhirat, Tuhan Sekalian Alam..
________________________________________
Tetapi apa yang terjadi, yang dijumpai di sana hanyalah berupa dinding batu buruk yang ditutupi kain hitam bertulisan Arab.. Pada saat wukuf di Arafah itu adalah proses menunggu, menunggu Dia yang dirindui oleh sekalian hamba, untuk hadir ke dalam kekosongan jiwa seluruh umat manusia.. Namun yang ditunggu itu tidak pernah muncul..
________________________________________
Di sini sebenarnya terletak kesilapan umat Islam di seluruh dunia, terlalu disibukkan dengan aturan syariat, sehingga lupa akan ilmu untuk melaksanakan syariat itu dengan benar, iaitu ilmu Hakikat.. Ketika ilmu Hakikat ini dilupakan, bahkan sebahagian besar dari orang jahil menganggap bahawa ilmu warisan Nabi ini sebagai bidaah, maka perlaksanaan ibadah menjadi kosong belaka tanpa kehadiran roh ibadah itu sendiri..
________________________________________
Kalau ajaran-ajaran agama yang kita kenal melalui syariat itu tidak dilaksanakan dengan metodologi dan cara yang benar, maka seluruh ibadah itu akan menjadi sia-sia, tidak lebih hanya sekadar memenuhi kewajipan agama sahaja.. Solat hanya mengikuti rukun-rukun dengan gerak kosong belaka, badan bergerak mengikuti gerakan solat namun hati berkelana entah ke mana-mana.. Sepanjang solat akan muncul berjuta khayalan dan angan angan, kerana roh masih di alam dunia belum mikraj ke alam rabbani..
________________________________________
Badan seolah-olah khusuk beribadah sementara hatinya lalai, menari-nari di alam duniawi.. Maka menjadilah solat itu tidak lebih dari sekadar senaman otot gaya Arab sebanyak 5 kali sehari... Dan yang didapati dari solat itu bukanlah pahala tetapi ancaman neraka.. Seperti firman Allah Taala: "maka celakalah bagi orang orang yang solat, yang mereka itu lalai di dalam solatnya" (q.s. Al-Ma'un: 4-5) dan lagi firman Allah: "Neraka Wiil diperuntukkan bagi orang orang yang lalai di dalam solat" (q.s. Al-Mutaffifin: 1)
________________________________________
Harus diingat bahawa “lalai” yang dimaksudkan di sini bukanlah sekadar tidak menepati waktu, tetapi hati kita sepanjang ibadah itu tidak mengingati Dia.. Bagaimana mungkin dalam solat dapat mengingat Dia, kalau di luar solat tidak dilatih berzikir atau mengingat Dia? dan bagaimana mungkin seseorang itu dapat berzikir, kalau jiwanya belum disucikan?
________________________________________
Urutan latihannya sesuai dengan perintah Allah di dalam surat Al-‘Ala, “Beruntunglah orang yang telah disucikan jiwanya/rohnya.. Kemudian dia berzikir menyebut nama Tuhan.. Dan kemudian dia mendirikan solat...”
___________
Ana Al-Haq

No comments:

Post a Comment