Thursday, 31 August 2017

MENGEMBALIKAN DIRI KEPADA ALLAH

MENGEMBALIKAN DIRI KEPADA ALLAH SAMPAI KEPADA TAHAP ROH @ NYAWA
Itulah sebabnya kita korban binatang yang bernyawa dan tidak yang telah mati. Sebabnya adalah kerana binatang yang mati itu sudah tiada nyawa. Kiasan korban binatang yang bernyawa itu, adalah simbolik kepada penyerahan sampai kepada tahap nyawa.
Apa salahnya jika kita beli sahaja daging lembu dari pasaraya atau pasar segar, dan kita beli kaki lembu biar sampai 10 batang, atau 20 batang. Lagi banyak kaki dan lagi banyak daging, semampu yang kita mahu, tetapi kenapa tidak dibolehkan beli dari pasaraya atau pasar malam?
Sebabnya adalah kerana lembu di pasar itu, sudah tidak ada nyawa! Korban itu hendaklah berdasarkan kepada yang bernyawa, di situ menggambarkan dan mengkhabarkan kepada kita bahawa korban itu, adalah simbolik kepada penyerahan sampai kepada tahap nyawa.

No comments:

Post a Comment