Di antara karamah para Wali adalah memiliki sifat kasih yang tak terbatas, baik ke sesama umat Islam mahupun kepada non Islam. Sehingga hal ini menjadikan mereka amat disayangi oleh semua golongan agama.
Ketika Syeikh Ma'ruf bin Fairuz Al-Karkhi wafat, terjadi kegaduhan di antara umat Islam, Nasrani dan Yahudi. Ketiga agama tersebut saling mengklaim bahawa Syeikh Ma'ruf adalah pemuka agama mereka, dan mereka merasa berhak mengurus jenazah beliau serta mengebumikannya sesuai agama mereka.
Saat hampir terjadi pertengkaran fizikal di antara mereka, datanglah
murid dekat Syeikh Ma'ruf yang berkata, "Saat menjelang wafat, guruku
berkata bahawa siapa yang mampu mengangkat keranda mayatnya, maka di
umat tersebutlah beliau berada." Dan tenyata hanya umat Islam yang mampu
mengangkat keranda jenazah beliau, sehingga beliau dimakamkan secara
Islam. Namun demikian, baik umat Nasrani mahupun Yahudi sama-sama
mengikuti proses pemakaman hingga selesai.
Syeikh Ma'ruf Al-Karkhi adalah seorang pemuka Sufi di Baghdad yang berilmu luas, penuh karamah serta memiliki rasa toleransi yang tinggi, sehingga banyak umat lain merasa menemukan Islam yang sesungguhnya dalam diri beliau. Beliau awalnya beragama Nasrani, lalu memeluk Islam di tangan Imam Ali Ar-Ridha bin Musa Al-Kazim.
Sumber: Kitab Tadzkiratul Aulya bab Manaqib Syeikh Ma'ruf Al-Karkhi hal. 195 karya Imam Fariduddin Al-Attar.

No comments:
Post a Comment