Tauhid itu adalah melihat pada yg satu, mendengar pada yg satu dan merasai pada yg satu, Ketunggalan ( Ahad )
Buta kepada segala sesuatu selain Allah, pandanglah Allah rahsia disebalik segala sesuatu
Rahsia tauhid itu akan menjadi Keesaan dalam rohmu sehingga tiadamu, dan yg ada hanya Wujud Allah Yg Maha Tunggal
Mereka tiada matlamat lagi kepada selain Allah dan mereka telah tiba kepada Pencipta alam
Dan mereka tiada ber hajat lagi kepada alam ini, kerana alam ini tiada pernah wujud melainkan dengan Tuhan
Mereka hanya berhajat kepada Tuhan Pencipta sekalian alam, Dia tiada seumpama sesuatu
Semoga Allah merahmati kamu dan aku kepada jalan makrifatullah yg sebenar ( Hakiki )
- BUTA SELAIN ALLAH
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
Wa alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwaanuh kepada sahabat sahabat yang memberikan salam. Alhamdulillah. Terima kasih semua diatas perkongsian ilmunya disini.
Assalamualaikum.
Sekadar renungan bersama.
Bahawa perkataan makrifat itu, tidak ada didalam Al Quran dan Hadis. Bagi orang yang tidak mahu mengikuti perkembangan ilmu makrifat dengan mudah membenarkan pendapat itu.
Bahawa nama dan definasi makrifat itu bid'ah karena tidak ada di Al Quran dan Hadis. Memang nama dan definasi tidak ada dalam Al Quran dan Hadis. Namun diutus Baginda Rasulullah itu, bukan bertujuan untuk membuat merumuskan definasi atau bukan bertujuan untuk mengistilahkan sesuatu perkataan tetapi diutuskan Baginda Rasulullah itu, adalah bertujuan untuk mengajar erti disebalik definasi dan erti disebalik makna atau disebalik istilah.
Maksud, erti, makna atau pengertian disebalik makrifat itu, itulah tauhid. Jadi mengertilah kita pada hari ini bahawa didalam ilmu makrifat itu, adanya tersembunyi tauhid. Disebalik huruf makrifat yang tidak tertulis dan disebalik huruf makrifat yang tidak terlafaz dibibir Al Quran dan yang tidak terlafaz dimulut hadis itu, sebenarnya mengandungi ilmu tauhid (mengesakan Allah).
Istilah dan definasi pengertian makrifat yang dibuat, direka dan dicipta oleh ulamak ulamak terdahulu itu, adalah bertujuan untuk mendalami dan memperincikan Al Quran dan Hadis. Yang mana didalam Al Quran dan Al Hadis itu, adanya mengandungi ilmu makrifatullah (ilmu mengenal Allah). Bagi sesiapa yang ingin mempelajari ilmu makrifat, ia tidak boleh lari dari mendalami Al Quran.
Hanya kita sahaja yang tidak tahu untuk menilai dan hanya kita sahaja yang tidak tahu untuk mentafsirkannya. Yang mana ilmu makrifat dan ilmu tauhid itu, tidak bertentangan dengan Hadis dan Al Quran.
Ulamak ulamak besar terdahulu telah mendifinasikan bahawa ilmu makrifat itu, adalah tauhid kepada Allah. Yang telah wujud seusia dengan islam itu sendiri.
"Bahawa makrifat dalam islam (mentauhidkan Allah) itu, telah timbul sejak timbulnya Agama Islam itu sendiri, bertumbuh didalam jiwa pendiri islam itu sendiri iaitu Nabi Besar Junjungan kita Muhammad saw, yang diambil dari air Al Quran itu sendiri"..
Hanya ilmu makrifat sahaja, satu satunya ilmu dan satu satunya jalan yang boleh membawa kita benar benar bertauhid sehingga membawa kita sampai kepada tahap yang boleh membawa kita mengenal Allah (dengan sebenar benar mengenal). Ilmu makrifat, adalah ilmu yang memperinci setiap patah ilmu, sehingga ketahap setinggi tinggi, sedalam dalam dan sehingga kepada tahap sekecil kecil pengertian, sehalus halus maksud dan serendah rendah makna.
Perincian atau terperincinya ilmu makrifat dalam mengkaji, menterjemah dan dalam mentafsir setiap amal yang kita kerjakan itu sehinggalah, seumpama pohon pokok, ianya diperincikan bermula dari pangkal sehingga sampai kepada tahap pucuk.....
Akhir kata...
Semoga semua sahabat sahabat sentiasa berada didalam rahmat Allah...
Terima kasih Ya Allah..
Aamiin Ya Allah..
ZAINI ZAKARIA..
Berkata-kata Allah selama-lamanya, mustahil Allah bisu
Firman Allah yg bermaksud:" Sebutlah AKU, niscaya AKU sebut akan kamu"
Sucikanlah hati dan akalmu daripadasegala sesuatu selain Allah, niscaya akan datang rahsia-rahsia Allah
Ulamak mengambil ilmu Tauhid daripada kitab-kitab
Hukamak mengambil ilmu Tauhid daripada Tuhan yg menurunkan Al-Kitab
Mereka mengambil ilmu tauhid secara langsung tampa orang tengah
Dinamakan ilmu laduni iaitu kesudahan ilmu, khatam ilmu
Masing-masing ilmu ada ahlinya dan jikakau engkau tidak mengetahui suatu ilmu, maka tanyalah kepada ahlinya
Tanyalah orang yg Wasil
- BUTA SELAIN ALLAH
No comments:
Post a Comment