ORANG SUFI SEMEMANGNYA SUKAR DIKENALI
Dalam kalangan orang-orang awam, terdapat orang Sufi, yang amat beruntung bagi mereka.
Mungkin yang membaca doa dan yang menjadi naqib (ketua/kepala) dalam satu majlis tahlil di rumah atau di surau adalah orang biasa dan doanya tidak diangkat, tetapi disebabkan oleh kehadiran Sufi tadi (kemungkinan besar tanpa disedari ramai) doa mereka semua terangkat.
Ini kerana cara orang Sufi menempatkan permohonan dan cara mengaminkan doa itu adalah seperti yang dikehendaki Allah s.w.t.
Orang Sufi kalau ke mana pun berjalan, dia akan berjumpa para Sufi dan wali Allah yang lain kerana mereka saling mengenal (roh mengenal roh). Oleh itu orang Sufi tidak sunyi daripada urusan “belajar dan mengajar” di mana sahaja mereka berada.
Walaupun mereka tidak dikenali dan biasanya tidak menonjol dalam masyarakat, tetapi masyarakat biasanya tidak sedar kehadiran mereka kerana mereka terlalu sibuk dengan urusan diri mereka sendiri.
Jika mereka menziarahi kubur, mereka akan mengucapkan “Assalamu 'ala ahli Lailahaillallah min ahli Lailahaillallah”.
Mereka dapat memasukkan “cahaya” kepada si mayat dengan bacaan Fatihah mereka kerana mereka mengetahui kedudukan Fatihah dalam jasad si mayat.
Tahlil mereka begitu sempurna sehingga berkat bacaan mereka itu, si mayat terlepas dari soalan dan siksaan kubur.
Para Sufi sebetulnya adalah pemula atau salik di dalam jalan kewalian.
Disebabkan mereka ada nama rahsia yang diberikan oleh Allah s.w.t, mereka dikenali di langit dengan nama itu.
Jika mereka gunakan nama itu ketika berhadapan dengan para makhluk yang jahat, makhluk jahat dan halus itu akan tunduk kepada mereka.
Mereka sentiasa duduk dalam cinta, kasih dan rindu kepada Allah s.w.t. dan doa mereka itu adalah seperti berikut:
“Wahai Allah! Jadikanlah kami hamba-hamba kebaikan bukan hamba-hamba ujian”.
Sebab itu mereka tidak diuji seperti manusia lain, sebaliknya mereka diberi tugas, kebanyakan daripada mereka tugasnya berat.
Jika mereka melalui kuburan, mungkin mereka akan terpanggil untuk mendoakan para mayat yang tersiksa.
Apabila mereka memberi salam kepada ahli kubur dengan salam “Assalamu 'ala ahli Lailahaillalahu min ahli Lailahaillallah” maka para ahli kubur akan bangun menjawab salam mereka.
Sebaliknya yang tidak dapat berbuat demikian pastinya adalah kumpulan yang sedang disiksa oleh malaikat Munkar dan Nakir.
Jika ahli Sufi ini berada di majlis atau dipanggil untuk bertahlil, dia dapat menghadirkan si-mati yang ditahlilkan itu dan mengetahui keadaannnya.
Begitu juga, beruntunglah orang yang mengajak ahli Sufi ini untuk hadir dalam majlis pernikahan, dia akan dapat mengesahkan sama ada nikah itu sah atau tidak dari perkara yang ditajallikan oleh Allah s.w.t. kepadanya.
No comments:
Post a Comment