Jangan jadikan pandangan ini seperti mata lalat, yang hanya mencari sesuatu yang busuk dan buruk, yakni hanya memandang keburukan dan kesalahan orang lain.
Jadikanlah pandangan mata ini seperti mata lebah, yang memandang kewangian dan keindahan, yakni hanya memandang kebaikan, sehingga lupa untuk memburukkan orang lain.
Akan tetapi, barang siapa yang berjaya memandang Allah pada setiap perkara yang baik dan juga pada setiap perkara yang buruk, serta hanya melihat wujud dan kenyataan Allah di sebalik segala sesuatu,.
Mereka inilah yang dikatakan sebagai golongan arifbillah.. Kerana baik dan buruk itu, kedua-duanya datang dari Allah~
No comments:
Post a Comment