Thursday, 1 December 2016

burung2 di pinggir laut

Ada satu kisah... Seorg pemuda asyik melihat burung2 di pinggir laut yg begitu cekap menangkap ikan menggunakan paruhnya. Lalu dia terfikir... "Jika aku rajin berlatih, pasti aku juga boleh mahir menggunakan mulutku".

Lalu pemuda itu pun mulalah berlatih dgn tekun setiap hari... Sambil terus memerhatikan cara burung2 td menangkap ikan... Sehinggalah akhirnya dia mahir menangkap dgn mulutnya apa2 shj yg dilontar kpdnya. Dia semakin gigih berlatih dan  lama2 kelamaan, dia semakin mahir dan mula menangkap brg2 yg lebih berbahaya termasuk lah pisau. Lalu pemuda ini merantaulah keserata negeri utk mempertontonkan kemahirannya.

Kerana kemahirannya itu, dia mula dikenali dan semakin hari semakin ramai org berpusu2 ingin menyaksikan kehebatannya menangkap pisau dgn mulut.

Sehinggalah pd suatu hari, dia telah ditanya oleh seorg tua, "Sungguh hebat kepandaian kamu org muda... Siapakah guru kamu?"
Pemuda itu menjawab, "Aku tiada berguru dgn sesiapa, aku belajar dan berlatih sendiri!"

Org tua itu tersenyum lalu meminta utk menguji kecekapan pemuda tersebut. Pemuda tersebut bersetuju lalu org tua itu melontar pisau kearah pemuda td. Ternyata dia gagal menangkap nya dgn kemas dan mulut nya terluka.

Kehairanan, pemuda tersebut berkata "Siapakah kau org tua? Aku belum pernah gagal seblm ini... Tp kau telah berjaya melukakan aku kali ini..."

Org tua itu menjawab, "Aku bkn sesiapa... Kau terluka bkn kerana aku, tp kerana keberkatan ilmu mu luntur akibat kau menafikan gurumu adalah burung2 di laut"

JGN NAFIKAN SUMBANGAN GURU... WALAU DARINYA HANYA SEKECIL2 ILMU, WALAU KAU BELAJAR HANYA DARI SEEKOR SEMUT.

No comments:

Post a Comment