NILAI KEMAAFAN DI SISI ALLAH
Pada suatu hari, Rasulullah SAW sedang berkumpul dengan para sahabatnya. Di tengah para sahabatnya, tiba-tiba Rasulullah SAW tertawa ringan sampai terlihat gigi depannya. Umar R.A. yang berada di situ berkata, "Demi engkau, ayahku, dan ibuku sebagai tebusannya, apa yang membuatmu tertawa, wahai Rasulullah?".
Rasulullah SAW menjawab, "Aku diberitahu bahawa pada hari kiamat nanti, ada dua orang yang duduk bersimpuh sambil menundukkan kepala mereka di hadapan Allah. Salah satunya mengadu kepada Allah sambil berkata, "Ya Rabb, ambilkan kebaikan dari orang ini untukku kerana dulu ia pernah berbuat zalim kepadaku".
Allah SWT berkata, "Bagaimana mungkin saudaramu ini dapat melakukan itu, kerana tidak ada kebaikan di dalam dirinya?".
Orang itu berkata, "Ya Rabb, kalau begitu, biarlah dosa-dosaku dipikul olehnya".
Sampai di sini, mata Rasulullah SAW berkaca-kaca. Beliau iaitu Rasulullah SAW tidak mampu menahan titisan air matanya. Beliau menangis. Lalu, beliau Rasulullah berkata, "Hari itu adalah hari yang begitu mencekam, di mana setiap manusia ingin agar ada orang lain yang memikul dosa-dosanya".
Rasulullah SAW melanjutkan kisahnya....
Lalu Allah berkata kepada orang yang mengadu tadi, "Angkat kepalamu..!!"
Orang itu mengangkat kepalanya, lalu ia berkata, "Ya Rabb, aku melihat di depanku ada tempat yang terbuat dari emas dan istana-istana yang terbuat dari emas dan perak bertatahkan intan permata. Istana-istana itu untuk Nabi yang mana, ya Rabb? Untuk orang jujur yang mana, ya Rabb? Untuk syahid yang mana, ya Rabb?".
Allah berkata, "Istana-istana itu diberikan kepada orang yang mampu membayar harganya".
Orang itu berkata, "Siapakah yang bakal mampu membayar harganya, ya Rabb?".
Allah berkata, "Engkau mampu membayar harganya".
Orang itu terhairan-hairan, sambil berkata, "Dengan cara apa aku membayarnya, ya Rabb?".
Allah berkata...
"Caranya engkau maafkan saudaramu yang duduk di sebelahmu, yang kau adukan kezalimannya kepada-Ku".
Orang itu berkata, "Ya Rabb, kini aku memaafkannya".
Allah berkata..
"Kalau begitu, ambil tangan saudaramu itu, dan ajak ia masuk syurga bersamamu".
Setelah menceritakan kisah itu, Rasulullah SAW berkata, "Bertakwalah kalian kepada Allah dan hendaknya kalian saling berdamai, sesungguhnya Allah mendamaikan persoalan yang terjadi di antara kaum muslimin".
Kisah di atas terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Hakim, dengan sanad yang sahih.
Pekerjaan hati yang nilainya tinggi di hadapan Allah adalah meminta maaf, memberi maaf, dan saling memaafkan. Semoga kita semua mendapat redha Allah. Amiin²
No comments:
Post a Comment