Monday, 5 October 2015
Tasawuf-allah
Orang yg berada disisi Zat tidak memandang selain Allah.
Apabila engkau melihat sesuatu, maka lihatlah AKU diatas segala sesuatu yg Wujud.
Orang yg kuat itu ialah orang yg gembira melihat dunia terlucut daripadanya kerana ia melihat Allah.
Hati yg telah kosong daripada segala sesuatu selain Allah adalah tempat berhadap Allah kepada HambaNya.
Beruntunglah bagi orang- orang yg Allah berhadap kepadaNya.
- KALAM QADIM
Gelang dan rantai-rantaiku ditempa oleh Tangan JalalNya dan dibakar oleh api QahharNya, bukan oleh tangan fekah-fekah ulamak zaman, demi untuk dipakaikan aku dalam syurgawi, tetapi tidak aku inginkannya dan aku telah zakatkannya kepada pengemis- pengemis duniawi yg buta dan hamba-hamba ukhrawi, kerana aku sedang meminum air-air Jamal Al-LatifNya dalam telaga-telaga Jalal-QahharNya, dan mataku telah buta daripada melihat dunia dan gedung-gedung syurgawi....aku melihat senyumanNya dan mendengar janji-janji mesraNya....Allah! Allah!....sembahyangku dihadratNya dan bukan lagi untuk aku menghimpunkan pahala dan ganjaran sesuatu pun....aku menyembahNya daripadaNya dan kepada Nya, bukan lagi daripadaku dan untukku!
Putuskanlah cita-citamu daripada maksiat zahir dan batin, semoga engkau mati didalam ketaatanmu kepada Allah Ta'ala!
Tanda baik Islam seseorang itu ialah bila dia meninggalkan apa yg tiada kait-mengait dengannya.
Sabda Rasulullah S.A.W
Ya Allah! Diamkanlah akalku dihadapanMu....
Allah Melihat bukan dengan mata.
Allah Mendengar bukan dengan telinga.
Allah Berkata-kata bukan dengan lidah.
Allah Berkehendak bukan dengan hati.
Allah Berkuasa bukan dengan anggota.
Allah Hidup bukan dengan roh.
Allah Berdiri dengan Sendiri.
Allah Berdiri bukan pada alam.
Wujud Allah tiada seumpama sesuatu.
Dia Allah, tiada Tuhan selain Dia.
Dia Tuhan Pencipta sekalian alam.
- KALAM QADIM
Wahai hambaKU! Sesungguhnya AKU menjadikan syahwat hanya untuk orang-orang yg lemah dari para hamba-hambaKU, kerana itu awas-lah jangan sampai hatimu tertawan oleh syahwat itu, maka seringan-ringan siksa untuknya ialah AKU mencabut manisnya rasa cinta kepadaKU dari dalam hatimu....
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اللهم صلي وسلم على سيدنا وحبيبنا
ومولانا محمد وعليه وعلى آله وصحبه وبارك وسلم
Sesungguhnya org2 kafir, sama saja bagi mereka,kamu beri pengingatan atau tdk kamu beri pengingatan, mereka tdk juga beriman.
Al-Baqarah:6
Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup, dan bagi mereka siksa yg amat berat.
Al-Baqarah:7
[9:49PM, 05/10/2015] KALAM QADIM: Pandang makhluk hilang Tuhan
[9:49PM, 05/10/2015] KALAM QADIM: Pandang Tuhan hilang makhluk
[9:49PM, 05/10/2015] KALAM QADIM: Org arif pandang Tuhan atas sesuatu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment