Monday, 5 October 2015

Tasawuf-Riak


☀MENCARI JALAN MEMBERSIHKAN HATI☀
(Bicara Ringan Sepetang Isnin Yang Mulia)

🍃Pesanan Sepetang Dan Senja Isnin 2015🍃

Bismillah : Tiada fitnah yang lebih besar di alam ini melainkan fitnah yang terbit dari hati (lintasan qalbi). Mohon Allah SWT 'sendiri' menjagai hati kita - Dia yang mencipta hati dan hanya Dia sahaja yang mampu 'memagarinya' ..

Ada tiga hal yang harus di jagai pada hati sebagai tanda kesejahteraan diri - disamping bermohon kepada-Nya agar menjagai hati kita, perlu diusahakan agar mencari ilmu "penjagaan hati" .. sekali 'lagi' kita minta kepada Allah akan ilmu itu atas kerana Dia menjaga hati insan dengan di berinya ilmu dari-Nya.

Hal yang paling kita takuti adalah riyak atas (1) 'amal', (2) riyak atas 'ilmu' dan (3) riyak atas 'pandangan' (dlm menilai sesama insan).

(1) Amal soleh yang tuan tuan telah banyak laksanakan selama ini mudah menimbulkan riyak sekiranya Allah tidak 'menjagai' hati hamba-Nya itu. Hal ini bisa kita fahami.

(2) Riyak yang timbul ketika mempunyai ilmu pengetahuan. Ia berpunca dari niat yang tidak iklas semata kerana Allah. Hal ini juga bisa kita fahami.

(3) Riyak yang timbul di dalam 'pandangan' (?) .. Hal yang ini ramai yang masih belum faham, lantaran atas kerana itu, dia mudah jatuh dlm hal riyak yang ketiga ini. Orang yang buta dlm kegelapan malam, akhirnya kakinya pasti tersondong batu atau perpijak lubang. Lubang itulah kiasan buat hal riyak yang ketiga.

Ramai orang yang 'terlepas' daripada hatinya atas fitnah hati (1) & (2). Namun tergelincir kakinya kepada riyak yang ketiga ini.

Dalam pengajian tasawuf (makrifat hati) ada satu lagi jenis riyak yang harus di jagainya. Iaitu riyak yang ketiga iaitu riyak di dalam 'pandangan' ..

🍃LINTASAN HATI YANG MEMBINASAKAN :
(Lidah hati yang masih buas tercela dlm melihat)

Diringkaskan : walaupun sesetengah orang, amal solehnya telah banyak, tapi hal itu tidak menyebabkan ia riyak mempamirkan amal kepada manusia. Namhn iblis akan 'masuk' jarumnya melalui sumber jalan yang lain. Bagaimana tu? ..

.. kebiasaannya saat seseorang itu 'melihat' amal soleh, ilmu pengetahuan dan nikmat harta (dll) yang dimiliki pada insan insan lain, setiap kali kita 'memandang' insan, maka setiap kali itu juga kita akan 'menilai' mereka iaitu menghakimi insan dalam sangkaan. Maka dalam 'menilai' manusia itulah sering sifat riyak 'tersembunyi' ini hadir tampa kita sedarinya.

Contoh kita kata : "ah kamu ni riyak & sombong lah" .. dari ucapan tu seolah olah kita ni baik, tak riyak tak sombong mcm org tu, tak kedekut mcm org tu ... hatinya berkata mcm tu .. Sebenarnya ucapan seperti itupun menganduni riyak tersembunyi juga sekecil kecil zarah riyak yang tidak kita sedarinya. Sedangkan Allah Berfirman, "orang yang ada sebesar "Debu" sifat sombong/riyak di dalam hatinya, maka Allah HARAMKAN ia cium bau syurga. Ciumpun tak dapat, apa lagi untuk masuk syurga.

Maka hendaklah bagi setiap orang orang baik yang mengikut jalan jalan baik (Tasawuf Sufi), agar 'membuang' dari hati riyak di dalam pandangan ini (menghakimi & menilai makhluk).

Sering kita jumpai suatu golongan yang alim soleh yang suka menghakimi (menilai) makhluk berdosa di dalam pandangan mereka.

Sering kita jumpai ada dikalangan manusia yang menyatakan tentang sifat riyak pada pada insan lain, riyak yang timbul dalam ucapan. Contoh ucapan 'binasa' yang mempunyai sifat riyak tersembunyi :

Bahasa lintasan hati :
"Si Ahmad tu soleh orangnya, tapi aku lihat dia solat sunat di masjid rokoknya lama sangat dah macam nak menunjuk-nunjuk ja, kalau ada riyak habis lah amal dia tu, kesian kan? sujud 1 jam pun sia sia ja Allah tolak. Isk macamana nak nasihatkan dia ni."
(Aku tak riyak tapi Ahmad tu riyak, aku tak!) :-)

Bahasa lintasan hati :
"Alah si Bidin tu kalau tulis bahan ilmu aku tengok macam nak menunjuk nunjuk ja, nak bagi tahu kat orang dia tu pandai ilmu, dia tak tahu ke riyak membatalkan amal, aku dah banyak kali post kat wasap hadis tentang riyak ilmu ni, macam tak faham ja."
(*penyakit hati, buruk sangka) :-)

Bahasa lintasan hati :
"Dollah tu org kaya dah pi haji 16 kali, tapi sedekah tak pernah aku tengokpun. Marah betul dia kalau org tak panggil nama haji dollah, masam kelat mukanya. Takpa di wasap group nanti, aku nak post hadis berkenaan kisah orang kedekut, biar dia terasa sikit."
(*penyakit hati - mencela & busuk hati atas org lain) :-)

Bahasa lintasan hati :
"Cik Timah ni bapak dia Ustaz, tapi rambut tak bertudung, tak beriman betul la, buat malu ayahnya ja"
(konon kita dah bertudung, maka dirasa lebih mulia diri dari org tak bertudung) :-)

.. Inilah contoh  bahasa hati yang akan diucapkan setiap hari di dalam hati hati manusia. Walaupun ia tidak didengari oleh manusia, tetapi Allah mendengarnya dan Dia tahu 'niat' tersembunyi dari ayat ayat hati yang terzahir di permukaan hati manusia ini.

Inilah yang dinamakan fitnah fitnah dari hati di dalam "pandangan" (riyak & mencela dlm "pandangan"). 4 contoh bahasa bahasa lintasan hati di atas ini adalah hal yang sangat sangat ditakuti oleh golongan Sufi ahli ahli tasawuf, ahli makrifat dan ahlullah di masa silam. Atas kerana di dalamnya (ayat-ayat hati ini) menganduni hal hal yang tercela iaitu mencela di dalam hati (mengumpat), iri hati, sangkaan buruk (menghakimi & menilai insan) sedangkan 'sangkaan' itu adalah suatu komponen "alat" bagi iblis merosak hati manusia.

🍃AZAZIL BINASA KERANA SANGKAANNYA :
Azazil itu tercela atas kerana "sangkaannya" juga, bahawa (1) "disangkanya" dirinya lebih mulia dari Adam,
(2) "disangkanya" dirinya lebih taat & byk amal dari Adam,
(3) "disangkanya" dirinya akan Allah tabalkan sebagai khalifah bumi atas faktor dirinya malaikat tertinggi di syurga,
(4) "disangkanya" dengan membangkang Allah dan tidak mahu sujud kepada Adam itu tidak akan memudaratkan dirinya (dll) .. semua itu atas kerana "sangkaan" akhirnya Azazil binasa, dan manusia itu juga akan 'binasa' seperti Azazil atas kerana "sangkaannya."

Ketahuilah saudara-saudaraku, bahawa di dalam bahasa lintasan hati hati manusia yang dituturkan di dalam hati itu adakalanya mengandunyi celaan, sangkaan buruk, iri, sakit hati, atau sifat riyak yang tersembunyi (dll). Dengan menyangka insan lain riyak, kedekut, sombong (dll), kita mencelanya di dalam hati, sebenarnya kita telah meninggi diri dgn merendahkan insan lain, sangka buruk kepadanya, kita telah mencelanya, kita telah meletakkan diri kita "lebih mulia" dan "lebih baik" dari diri insan dicelanya itu. Seperti mana Azazil "menempatkan" dirinya "lebih mulia" dari Adam a.s, lalu dicelanya Adam semahu mahunya di hadapan Allah.

Cuma bezanya Azazil mencelanya dengan lidah zahirnya, tetapi kita mencelanya dengan lidah hati kita di hadapan Allah SWT yang maha mendengar lagi maha melihat segala yang tersembunyi. Sedangkan sifat mencela atas manusia itu "memang" sifat dari Azazil laknatullah. Maka harus kita jauhinya.

Maka wajib setiap yang mengikut jalan-jalan Sufi ini agar kalian menambah pembaikan Akhlak Qalbi" (upgrading maqam akhlak hati) di hadapan Allah Azza wa jalla .. Bagaimana maqam di sisi Allah akan mampu meninggi sekiranya pada hati masih mempunyai sifat sifat tercela yang sangat Allah benci dan murkai, lebih lagi ia adalah "sifat sifat" warisan iblis ibnu Azazil yang telah Allah kutuki.

Maka haruslah membuang dari hati segala sifat sifat yang bersifat 'racun' dari mengotori hati. Buangkanlah dari hati segala sangkaan yang tidak baik atas sesama insan, jauhilah sifat suka mencela di dalam hati, hiasi dan tambahlah hati dengan sifat sifat "Akhlak" yang baik dan tinggi yang disukai-Nya.

Di hadapan sekalian manusia kita sangat-sangat menjagai "akhlak zahir", cara bertutur, cara melangkah, cara menjamah, cara melihat dll namun "akhlak batin" sering kita abaikan seolah olah batin qalbi tidak perlu "diakhlaki" saat di hadapan Allah. Seolah kita lebih memuliakan makhluk dari sang Khalik. Lidah zahir cukup kita jagai dari mencela umpatan "supaya" diri kita tidak dipandang tercela sebagai "ahli mencela" ..

Tetapi sering kita lupai bahawa setiap hari Allah SWT memanggil kita sebagai "ahli pencela" atas kerana lidah hati kita masih buas dlm berkata-kata di hadapan-Nya yang maha mengetahui. Muhasabah, mungkin sahaja ini adalah nasihat baik dari Allah ..


🍃MENJEJAKI JALAN-JALAN PARA WALI🍃

🔱Jauhilah hati dari sifat suka menyangka,
🔱Jauhilah hati dari sifat suka menilai,
🔱Jauhilah hati dari sifat suka memandang,
🔱Jauhilah hati dari sifat suka mencela,
🔱 Jauhilah hati dari sifat suka mengata,
🔱 Jauhilah hati dari sifat suka menghina,
🔱 Jauhilah hati dari sifat suka mengeji,
🔱 Jauhilah hati dari sifat suka menuduh,
🔱 Jauhilah hati dari sifat suka meremeh,
🔱 Jauhilah hati dari sifat suka berhasad,
🔱 Jauhilah hati dari sifat suka beriri hati,
🔱 Jauhilah hati dari sifat suka merasa riya,
🔱 Jauhilah hati dari sifat suka mengatakan riya,
🔱 Jauhilah hati dari sifat suka merasai alim,
🔱 Jauhilah hati dari sifat suka menyata insan lain tidak alim,
🔱 Jauhilah hati dari sifat suka merasa soleh,
🔱 Jauhilah hati dari sifat suka menyata insan lain tidak soleh,
🔱 Jauhilah hati dari sifat suka dipuji,
🔱 Jauhilah hati dari sifat suka melihat orang lain dicela,
🔱 Jauhilah hati dari sifat suka melihat orang suka mencela,
🔱 Jauhilah hati dari sifat sifat yang di benci Tuhan ..
〰〰〰〰☀〰〰〰〰
👹 Semua ini adalah sifat sifat IBLIS LAKNATULLAH yang membinasakan amal soleh dan segala kebaikan! Si Alim belum tentu selamat - tetapi 'keselamatan' itu duduknya bilamana kamu 'Arifbillah' dengan "beserta-Nya" .. *Kambing yang 'jauh' dari Tuannya akan 'dibaham' oleh Serigala. Dan Insan yang 'jauh' hatinya dari Tuhannya, dia akan 'dibaham' Syaitan hatinya.
〰〰〰〰☀〰〰〰〰
Sesungguhnya amal soleh, iman, dan ibadahmu akan dinilai Allah SWT bermula dari apa yang kamu sembunyikan di dalam hati.

🍃KESUCIAN HATI ADALAH PENENTU AMAL :

Para hamba-hamba Allah yang 'sejahtera' di akhirat nanti itu, bukanlah yang pertama dinilai Allah itu atas banyak amal solehnya, dan bukan juga dinilai atas kerana banyaknya ia menyampaikan pesan nasihat, serta bukan juga dinilai atas kerana dipandang mulia di sisi manusia. Tetapi yang pertama dinilai Allah adalah kesucian hatinya.

*Hal "ZAHIR" jasmani yang pertama-tama yang akan dihisab Allah SWT adalah SOLAT dan KHUSYUKNYA.

*Hal "AKAL" yang pertama-tama yang akan dihisab Allah SWT adalah AQIDAH dan IMANNYA.

*Dan hal "BATIN" yang pertama yang akan dihisab Allah SWT adalah HATI dan "KEBERSIHATNYA".

Jika ROSAK salah satu dari yang 6 di atas ini, maka tubuh hamba-Nya itu serta Rohnya akan merasai azab  lautan api Neraka Jahanam buat para hamba-hamba-Nya yang "ROSAK HATI" pada "penilaian-Nya" .. itu yang harus kita kuatiri.

Oleh itu, 'nilaikanlah' hatimu saat ini sebelum ia "dinilai" Allah di akhirat kelak. Adakah hati kita pada "saat ini" sudah "berharga" EMAS PERMATA" di dalam PERNILAIAN Allah?
Jika kamu menjawabnya, "YA SUDAH" .. Maka kamu tidak perlu mendengar nasihat ini. :-)

Tapi jika kamu menjawabnya "ALLAHU HATI KAMI MASIH TERCELA" .. maka ucaplah syukur kepada-Nya atas kerana Dia telah mendatangkan nasihat ini buatmu tetapi tidak buat yang lain.

Orang yang riyak hatinya, pasti binasa atas kerana  riyaknya itu. Dan orang yang menyangka dan mengata insan lain riyak juga pasti binasa atas kerana sifat kotor sangkaannya di dalam pandangan Allah SWT atas sesama manusia.

🍃HATI BERSIH SYARAT UTAMA BERTEMU-NYA :

Ketahuilah kamu bahawa Rasulullah SAW itu telah "DICUCI HATINYA" dari segala SIFAT-SIFAT HATI YANG TERSEMBUNYI sebanyak 4 kali oleh para Malaikat Allah SWT "Sebelum" Baginda Nabi SAW "DIIZINKAN" ALLAH SENDIRI UNTUK "MENEMUI" DIRI-NYA SENDIRI. Allah "sendiri" yang membuat "TAPISAN" ..

Dan tanyalah diri kamu sendiri, dari sejak kamu lahir dan hingga mencecah remaja, hingga membawa ke usia tua dan senja. Tanyakanlah pada hatimu sendiri, SUDAH BERAPA KALI "MALAIKAT" DATANG KEPADAMU UNTUK "MENYUCIKAN" KEKOTORAN HATIMU "SEBELUM" KAMU "MENEMUI" ALLAH TIDAK LAMA LAGI?

TANYA PADA HATI, ADAKAH "AGAKNYA" ALLAH AKAN "IZIN" AKU MEMASUKI PINTU SYURGA BAGI MENEMUI-NYA DALAM KEADAAN "HATIKU" YANG TIDAK PERNAH SEKALIPUN MALAIKAT DATANG MENCUCINYA INI?

Rasulullah SAW Kekasih-Nya itupun hatinya "perlu dicuci" ... maka bagaimanakah diri aku dan hatiku? Tidak perlu dicuci atas kerana hatiku "lebih bersih" dari hati Rasulullah SAW? Ya begitu?

Jika jawabmu tidak pernah sekalipun? maka oleh itu sudah sampai samanya bagi mendatangnya "kerisauan" hati atas kerananya. Nasihat Allah telah "sampai" kepadaku, maka aku perlu membaiki hatiku yang selama ini aku rasa ia telah sempurna 'bersih' di sisi Allah .. rupanya masih belum lagi.. .. "Ya Allah ampuni segala kejahilanku selama ini, rupanya hatiku masih tidak bersih, masih buas mencela atas sesama makhluk-Mu, tapi maaf aku tidak "sedar" Engkau melihatnya betapa buasnya hatiku ini. Hatiku penuh zina zina yang selama ini tidak aku sedarinya."

🍃ALLAH MEMPERMUDAH SEGALA YANG SULIT :

Membersihkan hati itu sangatlah susah bagi para hamba-Nya yang telah "disusahkan-Nya".  Tetapi ia akan menjadi "mudah" buat para hamba-hamba-Nya yang telah "dipermudahkan" Allah.

 Mohon dan mintalah kepada-Nya bagi penyucian hatimu : "Ya Allah, Bersihkanlah Hatiku, dan mohonlah ilmu dari-Mu Agar Lebih Mudah Aku Membersihkannya.. Bantuilah Aku dan Nasihatkanlah Hatiku Selalu ketika Ia Mula Tercela Ya Allah."

🍃TEORI ILMU HATI :

"Jika hati telah hilang sifat tercelanya, maka hatinya akan sejahtera dari menganggap tidak baik kepada sesama manusia. Hatinya tidak akan lagi menyangka orang lain sombong, riyak, kedekut, jahat, zalim dan sebagainya." wallahu'alam.

Salam senja - isnin 5:55pm 2015 (abuya pms)



〰〰〰〰☀〰〰〰〰

KISAH-KISAH NASIHAT KAUM SUFI :

Tajuk Tazkirah : Sifat Iklan Melahirkan Amal.

Bismillah : Dikisahkan Syeikh 'Abdul Qadir Al-Jailani bila berceramah menggunakan bahasa yang sangat sederhana. Anak beliau yang telah banyak menuntut ilmu dan gemar berceramah berkata dalam hati, "Jika aku diizinkan berceramah, tentu akan lebih banyak orang yang menangis".

Suatu hari Syeikh 'Abdul Qadir Al-Jailani ingin mendidik anaknya. la berkata kepadanya, "Wahai anakku, berdiri dan berceramahlah". Si anak kemudian berceramah dengan sangat bagus. Namun, tidak ada seorang pun yang menangis dan merasa khusyuk'. Mereka bahkan bosan mendengar ceramahnya.

Setelah anaknya selesai berceramah Syeikh 'Abdul Qadir naik ke mimbar lalu berkata, "Para hadirin, tadi malam, isteriku, ummul fuqoro menghidangkan ayam panggang yang sangat lazat, tapi tiba-tiba seekor kucing datang dan memakannya."

Mendengar ucapan ini, para hadirin menangis histeris dan menjerit.

Si anak berkata, "Aneh..., aku bacakan kepada mereka ayat-ayat Quran, hadits-hadits Nabi, syair dan berbagai akhbar, tidak ada seorang pun yang menangis. Tapi, ketika ayahku menyampaikan ucapan yang tidak ada ertinya, mereka justeru menangis. Sungguh aneh, apa sebabnya ?".

Sebabnya ialah Inti ceramah bukan terletak pada susunan kalimat, tapi pada kesucian hati dan sifat shidiq si pembicara.

Sewaktu Syeikh 'Abdul Qadir berbicara, para hadirin menangis karena mengertikan kucing dalam cerita beliau sebagai setan yang mencuri amal anak cucu Adam dengan cara menimbulkan sikap riyak, ujub dan sombong.

Ada yang menangis karena mengibaratkan cerita itu dengan keadaan su-ul khotimah, yakni ia membayangkan seseorang yang memiliki amal sangat banyak, tapi usianya berakhir dengan su-ul khotimah.

Mereka semua menangis dan merasa takut kepada Allah hanya karena ucapan biasa. Sesungguhnya ucapan itu telah membuat mereka berfikir, menerbitkan cahaya di hati mereka, berkat cahaya yang memancar dari hati Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani.

Bahwa semua ilmu yang masih ada unsur riyak, ujub, sombong dan merasa dirinya paling benar sekalipun bersumber dari Al-Qur`an mahupun Hadits, maka tiada hal yang bisa di dapat darinya kecuali hanya sia-sia belaka, sebab semua itu dikendalikan oleh iblis yang senantiasa mengganggu orang-orang berilmu tapi jahil dalam menyampaikan ilmunya (*hati tidak iklas dalam menyampaikan ilmu diniatkan kerana Allah SWT semata).

- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani -

(Kisah S.A.Q.A.J di atas adalah sumbangan tuan A.E.U dari whatsapp group Jabal Turki.)

No comments:

Post a Comment