Friday, 23 October 2015
Ilmu
ASSALAM... Alhamdulillah brkt doa drp shbt2 sekelian babe & shbt2 yg mnunaikan ibadah haji telah slmt sampai ke bumi trg pd hari rabu 21 hb bru2 ni,sempena hrini 10 Muharram jdi sedikit keterangan tntg mngadakan bubur asyura,mdh2 ia akn mmberikan manfaat bersama...
KISAH BUBUR 'ASYURA' DARI KITAB KUNING (KITAB THURATH).
Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani rahimahullah menulis, "Dan kata shahib Nuzhah al-Majalis, bahawasanya Nuh a.s tatkala tetap pada bumi pada hari 'Asyura dan berkata ia, "Himpunkan olehmu barang yang ada serta kamu daripada lebih bekal kamu!"
Syeikh Daud al-Fathani menjelaskan bahawa di campakkanlah oleh orang-orang dalam bahtera Nabi Nuh a.s itu berjenis-jenis kacang. Kata beliau : "Maka daripada demikian itulah telah mengambil segala Muslimun akan makanan 'Asyura."
Riwayat lain diceritakan juga, syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani menulis, "Dan kata Syeikh Ajhuri : "Dan aku lihat bagi orang yang lain, nashnya bahawasanya Nuh (a.s) tatkala turun dari safinah (bahtera,pent:), dan orang yang sertanya mengadu kepadanya dengan lapar dan telah habis segala bekal mereka itu. Maka [Nabi Nuh a.s] menyuruh akan mereka itu bahawa mendatangkan dengan barang yang lebih daripada bekal mereka itu.
Maka mendatangkan, ini dengan segenggam kacang 'adas, dan ini dengan kacang ful, dan ini dengan setapak tangan kacang hamash, hingga sampai tujuh biji-bijian bagi jenisnya. Dan adalah ia pada hari 'Asyura. Maka mengucap Nabi Nuh [a.s] bismillah dan dimasakan dia, makan sekeliannya dan kenyang mereka itu dengan berkat Sayyidina Nuh [a.s]."
Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani menyebut, "Dan adalah demikian itu pertama-tama makanan yang dimasakkan di atas muka bumi kemudian daripada topan. (yakni ribut badai). Maka mengambil segala manusia akan dia sunat pada hari 'Asyura.
Dan adalah padanya itu pahalanya yang amat besar bagi orang yang mengerjakan yang demikian itu, dan memberi makan segala fuqara' dan masakin, maka dinamakan BUBUR 'ASYURA."
(Rujukan Kitab : Jam’ul Fawaid, hlmn:132 - Amalan-amalan Islam Siri 1, AMALAN HARI 'ASYURA diringkaskan dari kitab-kitab Syeikh Daud 'Abdullah al-Fathani, oleh al-marhum Tuan Guru Hj. Wan Saghir Abdullah Rahimahullah, Khazanah Fathaniyah Cetakan 2004 M/1425 H)
Abu Hamid al-Ghazali berkata, "Pada awalnya aku adalah orang yg mengingkari kondisi spiritual (ilmu hikmah kerohanian) org-org saleh dan darjat-darjat dicapai oleh para makrifat. Hal itu terus berlanjut sampai akhirnya aku bergaul dgn mursyidku, Yusuf an-Nasaj. Dia terus memdorongku utk melakukan mujahadah (berjuang melawan hawa nafsu), hingga akhirnya aku memperolehi sebuah anugerah kurnia-kurnia Ilahiah. Aku dapat melihat Allah di dalam mimpi. Dia berkata kepadaku, 'Wahai Abu Hamid, tinggalkanlah segala kesibukanmu. Bergaullah dgn org-org yg telah Aku jadikan sebagai tempat pandangan-Ku di bumi-Ku. Mereka adalah org-org yg menggadaikan dunia dan akhirat kerana mencintai-Ku.' Aku berkata, 'Demi kemuliaan-Mu, aku tidak akan melakukannya kecuali jika Engkau membuatku dapat merasakan sejuknya bersangka baik terhadap mereka.' Allah berfirman, 'Sungguh Aku telah melakukannya. Yang memutuskan hubungan antara engkau dan mereka adalah kesibukanmu mencintai dunia. Maka keluarlah dari kesibukanmu mencintai dunia dgn suka rela sebelum engkau keluar dari dunia dgn penuh kehinaan. Aku telah melimpahkan kepadamu cahaya-cahaya dari sisi-Ku Yang Maha Suci.' Lalu aku bangun dgn penuh gembira. Lalu aku mendatangi syaikhku, Yusuf an-Nasaj, dan menceritakan tentang mimpiku itu. Dia tersenyum sambil berkata, 'Wahai Abu Hamid, itu hanyalah lembaran-lembaran yg pernah kami peroleh di fasa awal perjalanan kami. Jika engkau tetap bergaul dgnku, maka mata hatimu akan semakin tajam."
Kitab Syakhshiyyat Shufiyyah.
Ustaz Ahmad Farkhan - Khann Daie
~Kisah Maulana Ilyas al Kandahlawi rahimahullah menziarahi Maulana Abdul Shakur rahimahullah. ~
Satu kisah yg telah berlaku kpd Maulana Ilyas kandahlawi rah. Amir Dakwah Tabligh yg pertama...Beliau telah pergi ke Lucknow..Maulana Manzor Numani dan Maulana Abul Hasan Ali Nadwi ada di sana. Di sana juga ada satu org ulamak yg besar, yg ternama, yg terkenal, seorang sheikh Tarekat , Maulana Abdul Shakur rah. Beliau seorang ulamak yg senior, jauh lebih tua dari Maulana Ilyas.
Maulana Ilyas ajak Maulana Manzor pergi ziarah Maulana Abd Shakur. "Ceritakan karguzari usaha Dakwah yg kita buat dan minta doa daripada dia." Sambil menyandar dia dengar karguzari Maulana Ilyas.. Dia berkata, "pada pandangan aku pd zaman ini, Allah nak ambil satu kerja yg sangat besar dari kamu. Aku memberi sokongan sepenuhnya terhadap usaha Dakwah yg kamu buat."
Dia bagi nasihat, "kamu kena buat usaha ini dgn penuh hati-hati. Setiap nafas, setiap langkah, setiap percakapan kena dibuat dgn penuh hati-hati. Usaha yg sangat mulia. Buat dgn sungguh-sungguh."
Maulana Abd Shakur bagi syor, "Aku nak kumpulkan pegawai-pegawai kerajaan, Hakim, Peguam, Menteri, org-org terpengaruh di Lucknow kerana Lucknow adalah pusat pemerintahan" dan meminta Maulana Ilyas bagi penerangan tentang usaha Dakwah ini.
Maulana Ilyas rah. pun bersetuju...Maulana Abdul Shakur telah mesyuarat dan tetapkan tarikh dan masa utk buat perhimpunan tersebut. Masa yg telah diputuskan ialah 9 am.. Dia telah suruh khadim dia pergi bagitahu Maulana Ilyas majlis akan bermula pukul 9 am. Tapi si khadim ni tak bagitahu Maulana Ilyas pukul 9am. Dia fikir org-org besar selalunya tak datang tepat pd masa. Dia bagitahu Maulana Ilyas majlis bermula pukul 9.30am.
Akan tetapi sebaliknya berlaku kerana org² di Lucknow kenal siapa Maulana Abd Shakur, dia satu org yg sangat punctual dgn masa/jaga masa dan satu org yg sangat garang berdarah farouqi. Darah sayyidina Umar mengalir dlm badan dia. Dia seorg yg sangat tegas. Semua org takut dgn dia. Semua org telah datang pukul 9 am tapi Maulana Ilyas tak ada dlm majlis..
Selepas menunggu lama, Maulana Abd Shakur suruh semua balik. Bila semua dah balik, Maulana Ilyas sampai tepat pukul 9.30am. Bila nampak sahaja Maulana Ilyas, tanpa pelawa duduk, sambil berdiri, dia terus marah, dia telah hujani Maulana Ilyas dgn kata-kata, "aku dah pesan dah semalam, kena buat usaha dgn hati-hati, jaga usaha ini betul²."
Dia marah habis-habisan. Maulana Ilyas tunduk dan minta maaf, kami budak-budak selalu buat salah, maafkan saya, itu sahaja yg keluar dari mulut Maulana Ilyas, beliau berterusan minta maaf. Maulana Manzor numani cuba nak cakap. Bukan salah mereka. Mereka diberitahu khadim majlis pukul 9.30am. tapi Maulana Ilyas pegang tangan Maulana Manzor supaya jangan cakap apa-apa, senyap aje..
Bila dah reda kemarahan, baru suruh duduk dan bagi nasihat lagi. Dalam perjalanan balik, Maulana Manzor Numani tanya Maulana Ilyas kenapa tak bagitahu ini bukan salah kita, khadim dia yg salah. Maulana Ilyas kata apa salahnya kalau kita sabar sikit. Dgn sebab kita sabar tadi, kita tak rugi apa-apa, tak berlaku apa-apa kecacatan, dan seorg hamba Allah selamat dari kena marah. Kalau kita bagitahu perkara sebenar, si khadim akan kena marah, dan kita tak dpt untung apa-apa. Sebab kita sabar, si khadim dpt kesenangan.
Itu sikap Maulana Ilyas rah.
Si khadim dah rasa bersalah yg amat sangat. Disebabkan dia seorg wali Allah dah kena marah. Dia rasa serba salah. Dia tunggu peluang sehingga Maulana Abd Shakur dlm keadaan yg sangat gembira, dia bagitahu "saya ada buat satu kesalahan yg besar, tapi saya nak maulana maafkan saya dulu baru saya bagitahu kesalahan saya."
Maulana maafkan dia. "Hari tu Maulana Ilyas tak salah dtg pukul 9.30am, saya yg salah sebab suruh dia dtg pukul 9.30am."
Bila dengar sahaja perkara yg sebenar, Maulana Abd Shakur terus siapkan bag, naik kereta kuda pergi ke stesen keretapi. Nak keretapi sorang-sorang dari Lucknow ke Delhi tanpa khadim dan pengiring..Sampai sahaja depan Markaz Dakwah Nizamuddin Masjid Banglawali India, org bagitahu Maulana Ilyas bahawa Maulana Abd Shakur datang. Maulana Ilyas begitu gembira turun tanpa pakai kasut pergi sambut. Maulana Ilyas sendiri yg angkat bag. Maulana abd shakur berkata "saya tak ada apa-apa urusan di Delhi. Saya dtg kesini semata-mata nak jumpa kamu dan minta maaf. Aku telah marah dan kata macam-macam kpd kamu sedangkan kamu tak bersalah, khadim aku yg bersalah."
Maulana Ilyas terus menangis. Maulana Ilyas menjawab, "tuan punya marah itu adalah doa utk saya. Saya tak terasa hati sikit pun."
Maulana Abd Shakur kata aku nak dengar dari lidah kamu sendiri kamu maafkan aku baru aku akan pergi. Maulana Abd Shakur berkata lagi, "kamulah yg benar-benar layak utk buat kerja Dakwah Nabi ini."
Dlm diri Maulana Ilyas ada sifat kesalahan orang dia anggap kesalahan dia..Minta maaf bagi pihak org yg buat salah..Inilah sifat yg perlu ada pd setiap org tanggungjawab..Org yg ada sifat macam ni barulah boleh berjaya usaha dakwah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment