Wednesday, 14 October 2015
Kenal allah
💠MARI MENGENAL ALLAH (TAHAP ASAS)ðŸ’
Bismillah rezeki tahun baru Islam buat adik adik abang kakak yang baru berjinak-jinak dengan Ilmu "Mengenal Allah" atau dalam bahasa Tasawwufnya disebut ilmu "Makrifatullah".
Ilmu "Mengenal Allah" ini adalah ilmu awalan "Mengenal Islam" iaitu yang dimulai langkah pertama iaitu mengenal "TUHAN" kepada agama Islam itu sendiri.
Awalannya adalah "mengenali-Nya" dan penghujungnya adalah "mencintai Allah" iaitu maqam Kesempurnaan iman dan Islam. Taatilah Rasulmu lalu Cintailah Tuhanmu dengan sebenar-benarnya tampa ada yang 'lain' selain "diri-Nya" di dalam hati. Itulah hakikat Cinta Allah.
Apalah nikmatnya jika adik adik abang kakak mempunyai seorang Kekasih atau Suami/Isteri, sedangkan sudah bertahun tahun bersamanya tetapi langsung tidak saling "mengenal" ? .. maka jika tidak "mengenal" ... adakah "cinta" akan berputik di dalam hati? Cinta yang dipaksa paksa? Itukah keindahannya cinta yang sebenarnya?
Maka begitulah juga dengan agama Islam yang adik adik telah lama "bersama" dengannya, tetapi jika masih tidak "Mengenal" TUHAN kepada agama Islam itu, maka "rasa" cinta kepada agama dan Tuhan kepada agama yang dianuti ini tidak akan terbit dari dalam sanubari hati seiklasnya.
Maka atas faktor itulah umat Islam pada hari ini sangat mudah meninggalkan agama Islam yang lurus lagi suci ini, atas kerana mereka Tidak Mengenal Allah, iaitu Tuhan kepada Islam itu sendiri. Dia kenal Islam tetapi buta tentang Allah SWT. Bilamana Cintanya kepada Allah tiada, maka Cinta kepada agama Islam itupun 'lenyap' terhakis dari hatinya. Mudahannya kita bukan ditakdirkan Allah di dalam golongan yang malang itu - aamiin.
Dengan izin-Nya, hamba kongsikan sedikit audio rakaman kuliah online "Asas Mengenal Allah" ehsan dari Ustazah Salehah. Di dalamnya apa hal yang tidak berapa mendetail : (tambahan pembetulannya) : Makhluk yang Pertama sekali yang Allah cipta sebelum "ruang masa" dan "tempat" diciptakan Allah, makhluk pertama-tama sekalinya adalah "Nur Muhammad" iaitu Nur@Roh Kekasih-Nya, Muhammad SAW. Wallahu'alam.
☀Audio : 1, 2, 3 "Asas Mengenal Allah"
☀Audio : 4, 5, 6 dll - "Hakikat Bismillah"
〰〰〰〰💠〰〰〰〰
note : Jika ada kekurangan penjelasan pada rakaman audio ini, mohon para sahabat yang lebih mengetahui perbetulkannya (tak sempat dengar habis - harap maaf).
Subuh Jumaat 4:30am - Okt.2015 - (p-m-s-nusantara-asia) ⚡☀⚡
↘↘Kupasan Bismillahirahmanirrahim ↙↙
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment