Thursday, 8 October 2015

Bid'ah


B I D ' A H (1)

" Hukum Hakam Allah سبحانه وتعالى atau Shari'ah Allah سبحانه وتعالى dan Shari'ah Rasulullah صلى الله عليه وسلم, sepertimana Para Ulama, Muhadditheen dan Fuqoha berkata, terbahagi kepada dua bahagian yakni Usul dan Furu'

Apa makna Usul? perkara yang Asas, Tiang tiang Hukum Hakam Allah سبحانه وتعالى dan Tiang tiang Shari'ah Allah سبحانه وتعالى . Apa itu Furu'? Furu' itu Cabang atau Cawangan. Yang Asas tidak boleh tambah satu sesuatu pun. Yang Asas sudah Asas. Inilah Usul Shari'ah Allah سبحانه وتعالى yang kita tak boleh buat atau tambah satu perkara terhadapnya

Contoh, kalau Baca Surah Yaasin setiap malam Jumaat atau setiap hari sabtu atau bila bila. Kadang kadang ada orang kata ini tak boleh, Bid'ah. Kenapa Bid'ah? Bukankah Rasulullah صلى الله عليه وسلم Bersabda, Barangsiapa yang buat satu sesuatu yang bukan daripada Agama kita, maka ia ditolak.

Ini baru, Rasulullah صلى الله عليه وسلم tak pernah buat. Fahamkan betul betul samaada ia Usul atau Furu'. Usul Shari'ah atau Cawangan Shari'ah. Kita baca Yaasin Malam Jumaat itu Ibadah. Tapi tengok juga dari perbuatan kita itu. Kalau ia ada Hubungan antaranya dengan Shari'ah Allah سبحانه وتعالى, maknanya tidak ada seorang yang boleh menolaknya dan menjauhkan kita daripada Nya.

Apakah Asal Majlis Bacaan Surah Yaasin? Asalnya Al Quran. Ada hubungan antaranya dengan Shari'ah? Ya Ada. Sebab dari Al Quran. Rasulullah صلى الله عليه وسلم Bersabda, Sebaik baik Ibadah ummatku ialah Baca Al Quran. Lepas baca Surah Yaasin kita buat apa? Doa. Doa itu ada ikatan antaranya dengan Shari'ah? Ada. Rasulullah صلى الله عليه وسلم Bersabda, Doa itu ialah Ibadah kepada Allah سبحانه وتعالى .

Kita tidak kata ini Wajib. Bid'ah itu perbuatan yang baru. Bid'ah terbahagi kepada Dua bahagian iaitu Bid'ah Hasanah (Baik) dan Bid'ah Sayyiah (Buruk). Para Ulama Salafus Soliheen, daripada mereka ialah Imamusy Shafi'e berkata, Bid'ah itu sebahagian daripada perkara yang baru dan tidak ada sebelum ini. Kereta, jam tangan, handphone dan sebagainya.

Apakah Bid'ah Hasanah, Bid'ah Yang baik? walaupun ia Bid'ah, tapi Hasanah, kenapa? Kerana ia termasuk Asal Usul Shari'ah Islam . Seperti Majlis Ta'lim Yayasan Raha, ini Bid'ah kerana Majlis ini tidak ada sebelum ni, Umur Majlis ni tak sampai setahun. Tapi tujuan kita buat Majlis ini untuk Keridhaan Allah dan Menjalankan Shari'ah Allah سبحانه وتعالى.

Boleh tak Majlis ini dan tempat ini sendiri menjadi Bid'ah Sayyiah? Boleh. Kerana dalam masa yang sama, Dewan Raha ini boleh jadi Bid'ah Sayyiah apabila kita menggunakannya dengan perkara yang Haram, yang tidak ada hubungan antaranya dengan Asal Usul Shari'ah.
Seperti Maulid, Maulid itu Bid'ah. Kenapa? Kerana tidak ada di zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Itu sahaja ke alasan kamu?

- Murobbi Ad Da'ie IlaAllah Al Fadhil Al Ustaz Sheikh Abdullah Bin Muhammad Bin Salim Al Jahaf حفظه الله تعالى -

No comments:

Post a Comment