Tuesday, 13 October 2015
Tasawuf kalam jihad
[2:38PM, 13/10/2015] KALAM QADIM: Sibuklah dgn Allah dan jgn sibuk dgn selain Allah
[2:39PM, 13/10/2015] KALAM QADIM: Selain Allah batil
[2:39PM, 13/10/2015] KALAM QADIM: Selain Allah bukan Tuhanmu
[2:40PM, 13/10/2015] KALAM QADIM: Hijrahlah drp alam kepada Pencipta alam
[2:41PM, 13/10/2015] KALAM QADIM: Hijrahlah drp segala afa'al, segala asma', segala sifat kepada Ketunggalan Zat Yg Laisa kamislihi syaiun
[2:41PM, 13/10/2015] KALAM QADIM: Wassalam
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اللهم صلي وسلم على سيدنا وحبيبنا
ومولانا محمد وعليه وعلى آله وصحبه وبارك وسلم
" Kemudian kitab itu kami wariskan kepadà orang-orang yg kami pilih diantara hamba-hamba kami, lalu diantara mereka ada yg menganiayai diri mereka sendiri, dan diantara mereka ada yg pertengahan dan diantara mereka ada pula yg lebih dahulu dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yg demikian adalah kurnia yg amat besar."
- Fathir:32
Wahai hambaKU! Janganlah engkau syak, serahkanlah segala sesuatu kepadaKU, AKU-lah yg menciptakannya dan AKU-lah yg mentadbirkannya....
- KALAM AL-HAQ
Orang yg telah mengambil Tauhidnya daripada Allah Ta'ala secara langsung tampa perantaraan Nabi dan Jibrail tidak berhajat lagi kepada ilmu tauhid daripada kitab- kitab dan para ulamak tauhid!
Kosongkanlah hatimu daripada segala sesuatu selain Allah nescaya Allah akan menyampaikan engkau kepadaNya, maka fanalah selain Allah didalam hidup dan matimu.
Allah Allah..
بسم الله الر حمن الر حيم
Orang mukmin yang berjihad di jalan Allah itu umpama lembu-lembu ciptaanNya, hidupnya ada manfaat dan matinya juga ada manfaat. Hidupnya menegakkan syariah Allah dan matinya syahid di jalan Allah. Tiada kerugian padanya.
Allahu Taala 'Alam
Orang mukmin yg hakiki itu merasa sakit apabila akalnya berhadap kepada selain Allah, dia sihat apabila akalnya dapat berhadap kepada Allah, jasad baginya umpama tiada, roh mereka kekal dengan Allah berhadap, berbicara dalam bahasa cinta dan yakin!
~Ilmu fardu ain yang wajib bagi setiap mukallaf untuk mempelajarinya~
Tauhid :
Mengenal sifat yg wajib dan mustahil bagi Allah Subhanahu wa Taala. Tidak sah ibadat seseorang jika tiada kenal kepada Dzat yang disembahNya.. Sifat Allah ada banyak tapi yang kita wajib tahu ialah 20 sifat wajib ada & 20 sifat yg mustahil bagiNya.
Syariat :
Ilmu ini kita pelajari dalam ilmu fiqh. Fiqh/feqah terbahagi kepada 4 cabang iaitu ibadat, munakahat (nikah, cerai, rujuk), muamalat (urusan jualbeli) dan jinayat (hukum jenayah).. Wajib ain bagi setiap mukallaf untuk mempelajari fiqh ibadat & fardu kifayah bagi cabang yg lain. Tetapi bagi mereka yg hendak menikah, wajib ain untuk mempelajari munakahat, begitu juga bagi peniaga, wajib ain baginya belajar muamalat, begitulah jua mereka yg terlibat dalam urusan mahkamah, wajib ain mempelajari jinayat.
Tasawwuf :
Ilmu ini ialah tentang hati kita kerana ia tidak melibatkan tentang hukum f'iliyah yg bersifat amali kerana setiap perbuatan dihukum dengan hukum fiqh/syariat. Wajib ain bagi mukalaf mengenali setiap penyakit mazmumah (sifat terkeji) yang ada dalam hati dan berusaha menghiasi dengan sifat mahmudah (sifat yg terpuji)..
____________________________________
Dek kerana ramai mengabaikan semua sendi agama ini maka kerosakan umat Islam berlaku dengan hebat sekali. Kita belajar bukan utk jadi ustaz/ustazah tapi untuk sahkan ibadah & mendapat redha Allah. Telah berkata para ulama :
"Amal tanpa ilmu akan tertolak"
Tidak wajib bagi muqallid seperti kita untuk mencari dalil kerana dalam setiap ilmu diatas adalah ijtihad para ulama mujtahid dalam mazhab, sebab itulah muqallid seperti kita wajib bermazhab. Cukup bagi kita mengetahui dalil aqli & naqli secara ijmal (ringkas) dalam tauhid. Manakala dalam fiqh, cukup bagi kita tahu syarat sah, syarat wajib, sunat dan rukun²nya.
Inilah perkara yg patut kita utamakan terlebih dahulu dalam menuntut ilmu & ia tanggungjawab bagi setiap muslimin/muslimat dalam segala hal. Ilmu ini dipelajari bukan untuk mengisi masa lapang yg ada tetapi kitalah yg patut memberi masa utk mempelajarinya. Wallahua'lam.
-uthmandaud-
Nota :
Maksud mukallaf - Baligh, beraqal, (dan) telah sampai seruan Islam kepadanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment