Sunday, 11 January 2015

planet

Menjejaki Utarid berpandukan Zuhrah

Decrease Font SizeIncrease Font SizeText SizePrint This Page 
Semalam, setelah sekian lama, langit di barat selepas Maghrib, agak baik  dengan suasana awan sedikit dan tidak berlapis-lapis. Alhamdulillah berjaya juga melihat planet Zuhrah (atau dikenali juga sebagai Venus). Ia kelihatan seperti sebutir ‘bintang’ yang cerah di arah BARAT, lebih kurang 2 jengkal tapak tangan dari paras kaki langit arah Barat/Barat Daya, selepas azan Maghrib.
Menariknya, di lokasi yang sama, planet Utarid juga ada di situ. Saya agak terpesona kerana ia begitu mudah kelihatan dengan mata, betul-betul di sudut bawah dari Zuhrah.
Venus Mercury 10 Jan 2015
ATAS: Foto yang sempat saya rakam semalam, 10 Jan 2015, sebelum seketul awan besar dan tebal mula menyelubungi kedua-dua planet ini. Klik untuk capaian ke saiz asal.
Berdasarkan kiraan perisian Sky Safari Pro, saya dapati untuk beberapa hari mendatang ini, kita boleh dengan mudah menjejaki dan melihat sendiri planet Utarid, dengan berpandukan kedudukan planet Zuhrah.
Cuba lihat peta panduan di bawah:
Venus_Mercury_11_Jan_2015
ATAS: Pandangan 20 minit selepas Maghrib pada 11 Jan 2015


Venus_Mercury_15_Jan_2015
ATAS: Pandangan 20 minit selepas Maghrib pada 15 Jan 2015


Venus_Mercury_20_Jan_2015
ATAS: Pandangan 20 minit selepas Maghrib, 20 Jan 2015


Daripada rajah di atas, untuk lebih kurang 2 minggu akan datang merupakan peluang keemasan untuk melihat sendiri planet Utarid ini. Bukannnya apa, planet Utarid ini selain daripada kecil dan tidaklah begitu cerah, pergerakan di langit amat cepat berubah dari hari ke hari, lalu menyebabkan kita nak jejakinya menjadi ‘agak mencabar‘.
Jangan lupa, Almanak Astronomi 2015 untuk bulan Januari ada menyatakan…
  • 15 Jan Maghrib Utarid berkedudukan paling jauh dari matahari(Barat)
 Ini bermaksud, tarikh 15 Jan itu, Utarid akan berada di posisi paling ‘tinggi’ di atas ufuk barat selepas Maghrib. Kemudian, hari-hari selepasnya, ia mula kembali rendah ke ufuk dan lama kelamaan hilang dari pandangan langit senja.
Sungguh dinamiknya alam semesta ciptaan Ilahi. Tidak pernah jemu untuk mempertontonkan kekuasaan Allah SWT kepada kita di dunia ini! MasyaAllah.
Jom Teropong!

No comments:

Post a Comment