Friday, 1 May 2020

fb


Adakah para sahabat pernah tanya pada nabi apabila mendengar ayat "ArRahmanu alal arsy istiwa" kemudian sahabat bertanya, Ya Rasulullah, sebelum arasy tercipta Allah berada di mana ?
Jawabannya memang tidak pernahpun Sahabat bertanya.
Mereka beriman dengan segala kalam Allah dan Rasul tanpa bertanya dan mempertikaikan. Pertanyaan ini biasanya datang dari soalan ahlul kalam.
Apabila kita katakan Allah maha mendengar kita tidak akan tanya bagaimana cara Allah mendengar, sebelum Dia mendengar Dia buat apa. Ini semua soalan bathil ahlul kalam.
Jika seorang atheist tanya soalan macam ini saya tidak hairan kerana mereka memikirkan dengan akal semata-mata tentang Allah sebab mereka tiada punya wahyu tetapi kita ada wahyu Al-Quran dan Hadis.
Itupun pun masih ditolak mentah-mentah oleh mereka setelah 7 ayat di dalam Al Quran menceritakan Allah istiwa di ats ArasyNya.
Komen
  • Ahmad Ridzuan Pembetulan, soalan yang abang cakap persoalan ahli kalam iatu “sebelum arasy tercipta, Allah berada di mana?” itu hanya timbul setelah ada pegangan yang mengatakan hakikat istawa itu adalah Allah menetap/duduk(jalas) pada arasy (maha suci Allah dari fitnah itu) oleh sesetengah dari mereka yang klaim mengikut pegangan sahabat dan tabi’in.

    jelas, para salaf tidak bertanya akan ayat itu. tetapi tidak pula mereka para salaf menetapkan makna pada ayat itu melainkan mengambil sikap untuk tidak mempersoalkan hakikat makna ayat itu.

    see?
    “persoalan” itu adalah effect dari cause yang iatu pegangan yang tidak selari dengan pegangan sahabat dan tabi’in.

    jadi, untuk meluruskan cara faham bagi timbul nya persoalan itu kita perlu melihat dari sudut lebih lurus iatu persoalan itu adalah sebagai menyangkal dakwaan yang menetapkan makna zahir ayat itu oleh sekelompok orang, bukan sebagai respon ragui ayat.

    kalau takde angin bertiup, pokok takkan bergoyang bak kata cikgu masa sekolah rendah saya dulu.
    3
  • Putra karna ayat tersebut umar bin khatab masuk islam tanpa mentakwil dan bertanya makna istawa kepada rosul.
  • Rosamizam Bin Said Miza Bukan islam jangan mempertikai agama Islam,agama kau kami org islam tak sentuh apa apa pun hormati pendirian org lain
  • Othman Draman arash maksud sempadan bermaksud tiada bertempat. rabb maksud kuasa /menyeliputi. segalanya adalah tuhan. kewujudan tuhan di antara keduanya dunia dan akhirat. arash maksud sempadan. di antara alam nyata dan ghaib. Man Rabbuka? mana kuasa kamu. bukan siapa Tuhanmu?
  • Othman Draman tuhan berada di atas arash/sempadan antara nyata dan ghaib. sempadan bermaksud tak bertempat. berada bermaksud wujud

No comments:

Post a Comment