Wahai diri wahai jiwa apa yang engkau hendak banggakan dengan dirimu. Engkau rasa bangga kerana rupamu, pangkatmu, kedudukanmu, keturunanmu, hartamu, kerjamu atau kerana ramai orang menjadi pengikutmu. Sedarlah itu semua tiada apa arti dan tidak sedikitpun dapat mengubah hakikat asal diri . Kerana asal diri ini dari dari air yang hina bukan mulia. Sedangkan illah sendiri tidak memuliakannya bahkan illah sendiri berkata bahawa diri ini terjadi dari pancutan air yang hina. Sedarlah air mani asal mula jadi diri kita ini air yang hina, tiada satu manusia pun , apabila berjumpa air mani lalu mengambilnya diletakan ditempat yang tinggi dah mulia. Sebaliknya merasa jijik dan hina bahkan disapu dibuang kedalam tong sampah. Maka sedarlah tiada satu pangkat mahu pun kedudukan yang mampu mengubah asal kejadian diri kita. Jadi atas perkara apa hendak kamu muliakan, apakah babi boleh jadi mulia jika dipakaikan kain sutera?. Sudah tentu tidak sama sekali. Nah begitu juga diri kita pakailah dengan pakaian mahal seberapa mahal sekalipun , tetap tidak mengubah asal kejadian dari air yang hina. Maka sedarlah kemulian itu hanya kepada illah, dan milik mutlak illah. Kita ini hanya secebis debu yang hina dibawah selipar semata mata.
No comments:
Post a Comment