Monday, 25 May 2020
fb d
Ilmu tidak dapat membawa kita untuk mengenal Allah. Kerana ilmu itu adakalanya hanya teori, adakalanya hanya buah fikiran dan hanya sekadar pendapat semata mata. Ilmu ini hanya fotokopi penulisan yang diambil dari orang yang terdahulu . Hanya cerita dan pendapat, maka jika kita kenal Allah dengan ilmu, maka Allah yang kita kenal itu hanya sekadar cerita semata mata , bukan sebenar benar kenal. Maka apa yang disembah dan percaya itu hanya cerita semata mata bukan yang sebenar. Maka hanya dengan menyerah diri sahaja yang dapat mengenal Allah . Hanya Allah sahaja yang mengenal Allah , bukan ilmu. Kerana itu diisyaratkan jika engkau datang kepadaku dengan ilmu, maka nescaya engkau akan dipertanggungjawab dengannya. Kerana ilmu itu ambilan dari seseorang dari seseorang , kekadang ada penambahan ada kekurangan . Maka ilmu pun tidak dapat memperkenalkan Allah. Maka berserah dirilah kita maka Allah akan memperkenalkan dirinya kepada sesiapa sahaja yang berserah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment