Friday, 1 May 2020

ADAKAH SISTEM PERBANKAN ISLAM BENAR-BENAR ISLAM?



ADAKAH SISTEM PERBANKAN
ISLAM BENAR-BENAR ISLAM?
Disclaimer: ini cerita berkenaan bank di negeri pasir berdengung ya, dan ianya tidak ada kena mengena dengan bank-bank di negara malaya
________________________________________
Sebenarnya tidak ada perbezaan pun di antara sistem bank konvensional (baca: sistem kafir) dengan sistem bank ala-Islamik. Ini kerana kedua-duanya tetap sahaja membuat keuntungan daripada aktiviti jual dan beli. Kalau pun ada bezanya, aktiviti jual beli oleh perbankan Islamik itu dilakukan melalui dana daripada sumber yang 'patuh syariah'.
________________________________________
Bagaimana puak kapitalis penunggang agama hendak 'menghalalkan' sistem yang kononnya patuh syariah ini? Mudah saja. Pakailah logo bulan dan bintang atau bertulisan Arab serta menukar nama bank kepada Bank Islam. Kemudian tukarlah terma-terma jijik kafir laknatullah kepada istilah yang berbunyi Arab seperti Ujrah, Wadiah, Gharamah, dan banyak lagi bunyi bunyian negeri padang pasir.
________________________________________
Bagi produk dan juga aktiviti perbankan yang berasaskan 'Islamik' pula, terma yang digunakan adalah 'Musharakah wal Mutanaqishah' (terkehel lidah nak sebut) bermaksud sistem berkongsi pemilikan. Dalam erti kata lainnya, terdapat bunga dan faedah yang dikenakan di dalam sistem ini, tetapi tidak pula tulis sebagai faedah. Iya lah, nanti melompat pulak pak lebai dan tok aji yang menggunakan sistem perbankan islam ini.
________________________________________
Dan pada akhirnya, bank tetap buat duit jugak. Beroperasi di sebalik banyak lagi terma seperti Al-ijarah thumma al-bai, Bai` bithaman ajil, Tawarruk, Ta'widh, Musawamah, Mudarabah, dan seribu satu lagi terma yang berbunyi Arab, Yang kaya menjadi semakin kaya, malangnya yang miskin tetaplah menjadi miskin.
________________________________________
P/s: kalau kita lambat bayar pun, Bank Islam tetap juga mengenakan kadar faedah atau pun jumlah denda tertentu, akan tetapi letaklah terma berbunyi Arab sikit. Barulah kelihatan dan kedengaran suci dan bersih atau pun HALALAN TOYYIBAN di kalangan umat Islam.

No comments:

Post a Comment