Tuesday, 28 April 2020

SEDIKIT MENGENAI TAKDIR

SEDIKIT MENGENAI TAKDIR
________________________________________
Tidak ada walaupun suatu nafas yang naik dan turun itu, melainkan di situ pula adanya takdir tuhan ke atasmu. Semua manusia dalam alam ini sudah tertulis di dalam Luh Mahfuz, makanya tidak ada kehendak makhluk yang mesti berubah. Jika ada sekali pun perubahan, itu pula hanyalah pada sudut pandangan Syariat. Sedang dalam pandangan Hakikat, hanya tuhan yang maha mengetahuinya.
________________________________________
Kehendak tuhan itu tidak ada yang tertegah, semuanya berjalan dengan hikmahnya. Jadi kesimpulannya, kehendak makhluk itu adalah terbatas, sedangkan kehendak tuhan itu pula tidak ada batasnya. Maka daripada itu, orang yang faham ialah orang yang bergembira di dalam hidupnya, bergembira dengan tuhan dalam setiap keluar masuk nafasnya.
________________________________________
Orang yang sudah faham itu ialah orang yang tidak menanyakan lagi apakah boleh berubah atau tidak, kerana dia telah sunyi dengan tuhan. Dalam erti kata lain, dia sudah pun satu iradat dengan Tuhannya. Tidak ada lagi duanya. Apabila sudah menunggal denganNya, maka nyatalah tuhan yang berlaku dalam segala hal.

No comments:

Post a Comment