Siri Ulang Kaji:
SEDIKIT BERKENAAN PUASA
________________________________________
"tuhan berfirman: Semua amal anak Adam itu adalah untuk dirinya sendiri, kecuali puasa. Puasa itu adalah untuk-Ku, dan Aku sendirilah yang akan membalasnya."

(hadis riwayat Bukhari-Muslim)
"Ketika amalan-amalan lain dapat dicemari oleh penyakit ujub dan riyak, akan tetapi tidak ada yang dapat mengetahui amalan puasa kecuali tuhan. Maka itulah, tuhan sandarkan amalan puasa itu kepada diri-Nya.”
(imam Al-Qurtubi)
________________________________________
Dalam ibadah puasa, tidak dikenal "menghargai orang yang berpuasa". Ibadah puasa tidak memerlukan semacam suatu bentuk balasan penghargaan, kerana perlakuan itu tidak terkait dengan hubungan antara manusia. Puasa adalah semurninya hubungan manusia dengan Tuhan semata-mata.

Kerana puasa adalah hubungan manusia dengan Tuhan, maka elemen kerahsiaan dan juga keikhlasan adalah menjadi kuncinya. Pelaku puasa tidak selayaknya mempamerkan puasanya kepada orang lain, atau menuntut penghargaan daripada orang lain yang tidak turut sama berpuasa dengannya.

Puasa adalah hubungan yang paling mesra dan juga yang paling rahsia di antara seorang hamba dengan Tuannya. Maka dari itu, layakkah hubungan yang paling mesra dan yang paling rahsia itu diketahui oleh orang?

No comments:
Post a Comment