Tuesday, 28 April 2020

"TIADA WUJUD SELAIN tuhan"

"TIADA WUJUD SELAIN tuhan"
________________________________________
Kalau sudah begini, inilah yang disebut Tuhan Yang Maha Esa.. Yang Maha Sempurna.. Kalau sudah begini katakanlah apa yang kau mahu, semuanya baik, dan semuanya ibadah yang sempurna.. Kerana pokok pangkalnya segala kejadian, segala kehidupan, dan segala perbuatan, telah kita ketahui akan hakikat yang seluruhnya..
________________________________________
Maka dari itu janganlah kita ada perasaan syak dan ragu lagi.. Tidak ada apa lagi yang perlu ditakuti.. Jangan takut kepada Tuhan, kerana Tuhan itu bukan hantu, bukan iblis, dan bukan jin, dan bukan malaikat; semuanya bukan, bukan, dan bukan..
________________________________________
Adakah orang takut dengan dirinya sendiri? Adakah orang benci kepada dirinya sendiri?
Dan adakah orang menyiksa dirinya sendiri? Adakah orang yang memerintah dirinya sendiri? Adakah orang menyakiti kepada dirinya sendiri?
________________________________________
Jawabnya :
Yang ada hanya memuji dirinya sendiri.. Mencintai dan mengasihi dirinya sendiri..
Merasa sendiri dan berbuat sendiri..
________________________________________
Tidak ada yang pemerintah dan yang tidak ada yang diperintah.. Tidak ada yang disakiti dan tidak ada yang menyakiti.. Tegasnya kerana CINTA yang ada hanya memuji diriNya sendiri, merasa sendiri, dan berbuat sendiri..
________________________________________
Semua orang merasa benar, semua orang mengaku baik, dan dan semua orang mengaku mulia.. Hampir semua orang merasa dirinya tidak bersalah, tidak berdosa, tidak tercela..
________________________________________
Fahamilah kata-kataku ini.. Kalau percaya ambil, kalau ragu buang jauh-jauh.. Tidak ada paksaan dalam agama tuhan, pilihlah sendiri saja.. Bagi kau agama kau, bagi aku agamaku.

No comments:

Post a Comment