AL HALLAJ & KESATUAN AGAMA
________________________________________
Abdullah bin Tahir al-Azdi mengatakan, sebagaimana yang telah dicatatkan oleh al-Taftazani sebagai berikut:

Suatu hari, aku bertengkar dengan seorang Yahudi di pasar Baghdad. Dia pun telah aku maki dengan panggilan: "hai anjing". Kebetulan pada ketika itu, Maulana al-Hallaj turut berada di situ, lantas dia pun memandangku dengan pandangan yang geram. Dan tegurnya:

"Janganlah engkau maki anjingmu". Dan dia pun langsung berlalu pergi. Setelah selesai pertengkaran itu, aku pun terus mencari al-Hallaj. Namun ketika aku menemuinya, dia memalingkan wajahnya dariku. Aku pun meminta maaf kepadanya. Lalu dia berkata:

"Wahai sahabatku, semua agama adalah milik Tuhan. Setiap golongan itu menganut suatu agama tanpa adanya pilihan, bahkan telah dipilihkan bagi mereka. Kerana itu, barang siapa yang menyalahkan apa yang dianuti oleh golongan yang lain itu, sama saja halnya dengan dia telah menjatuhkan hukum kepada golongan tersebut bahawa mereka menganut agama atas daya dan juga upayanya sendiri".

Ketahuilah! Agama-agama Yahudi, Islam, Hindu, Buddha, dan yang lain-lainnya, adalah sebutan serta nama yang beraneka ragam dan juga berbeza akan kaedah syariatnya. Akan tetapi tujuan semuanya tetaplah sama, iaitu demi menuju kepada Tuhan yang satu.

No comments:
Post a Comment